berita

Kahwin Janda? Jimmy Shanley Bakal Adakan Sidang Media

June 24th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jimmy Shanley

Susulan spekulasi yang mengatakan kononnya pengacara terkenal, Jimmy Shanley telah berkahwin dengan seorang janda menerusi laporan Gebang Syed semalam, Jimmy akhirnya tampil memberi respon berhubung isu terbabit.

Menurut Jimmy, buat masa ini dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu itu kerana kesnya bersama bekas isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimi masih belum selesai.

Namun begitu, pengacara ini akui akan mengadakan satu sidang media khas bagi menerangkan situasi sebenar.

Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.

Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya. – Ujar Jimmy menerusi laporan Media Hiburan hari ini.

Jimmy Shanley

Keratan akhbar menerusi ruang Gebang Syed semalam

Menerusi laporan Pancaindera semalam, seorang teman rapat Jimmy telah memaklumkan bahawa pengacara tersebut telah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda dan majlis mereka diadakan secara kecil-kecilan bagi mengelak dihidu oleh peminat.

Tak tahu nak cakap macam mana tapi Jimmy memang dah kahwin dengan seorang wanita cantik yang berstatus janda tidak lama dahulu. Majlis tersebut tidak dibuat besar bagi mengelak pengetahuan peminat.

Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh untuk Jimmy selepas mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu.

Untuk makluman, Jimmy pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani pada 1 Oktober 2010 dan bercerai pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan yang sangat singakat itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania.

SKIP THIS AD ×