berita

Kahwin Lelaki 36 Tahun Lebih Muda, Wanita Lakukan Pembedahan Plastik Untuk Tampil Cantik Depan Suami

November 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Cinta sememangnya tidak mengenal usia. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan mengenai kisah seorang wanita di Vietnam, yang memilih lelaki berusia 26 tahun sebagai suaminya. Menurut laporan Mothership, wanita tersebut berusia 62 tahun dan kisah perkahwinannya itu pernah menjadi viral pada tahun 2018.

Buat hidung dan bawah kening

Menurut Hoa Cng Thu Sao, dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga semula selepas lapan tahun pemergian suami tercinta. Tambahnya, dia pernah menolak lamaran lelaki muda tersebut, namun kesungguhan yang ditunjukkan telah membuatnya berubah hati untuk menerima lamaran itu semula.

Hoa Cng Thu Sao yang merupakan pemilik salun juga memberitahu bahawa dia telah menghabiskan wang sebanyak 100 juta Vietnam Dong iaitu bersamaan (RM17,606) bagi melakukan beberapa siri pembedahan plastik. Ujarnya lagi, pembedahan tersebut dilakukan untuk kelihatan cantik terutamanya di bahagian hidung serta bawah kening.

Gembira walaupun pernah dikritik

Tiga tahun ini, ramai orang telah bertanya mengenai hubungan kami dan bahkan, ada juga yang menyerang kami. Walaupun pelbagai ujian datang melanda, kami akan tetap terus bersama dan membuktikan bahawa cinta kami adalah nyata. Dalam sekelip mata, tiga tahun telah berlalu, dan masa kami bersama sangat bahagia.

Kisah pasangan ini kembali menjadi perbualan ramai apabila Hoa Cng Thu Sao memuat naik status sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. Malah, wanita itu turut meluahkan rasa bahagia kerana rumah tangga yang dibina masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×