berita

Kahwin Semula Selepas 10 Tahun, Anak Sedih Ibu Pindah Jauh Ikut Suami

July 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kisah mengenai seorang anak yang berasa sedih bercampur gembira apabila ibunya mengambil keputusan untuk berkahwin semula selepas 10 tahun tanpa pasangan di sisi.

Lepas 10 tahun ibunya kahwin semula

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh anaknya sendiri, Zzianazamzuri di akaun TikTok, dia menceritakan kembali kisah ibunya yang bertemu jodoh sekali lagi di usia tua atas usaha anak serta menantu. Ibunya berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang duda melalui telefon.

Pertemuan pertama kali mak dan bakal suami 2 minggu lepas.

Lebih kurang tiga bulan usia perkenalan mereka, kedua-dua pasangan itu selamat bernikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis dengan majlis yang cukup ringkas pada 14 Julai lalu.

Ibunya kelihatan memandu kereta sendiri untuk mengikuti suaminya pulang ke rumah baharu mereka di Kedah dan anaknya masih belum pernah lagi ke rumah berkenaan.

Mak jangan risau rumah mak Chek jaga, nanti boleh rentas negeri Chek pergi melawat mak. Tak sempat nak makan ketupat dengan mak.

Semoga mak bahagia dunia dan akhirat dan menjadi isteri yang solehah untuk suami.

‘Cinta cara orang lama, halalkan dulu baru belajar mengenal’

@zzianazamzurisemoga berbahagia mak?? lebih 10 thn hidup tak berteman.Anak² sentiasa doakan yang terbaik untuk mak?#fyp?? Lagu Cinta – Asmara

‘Mak dah ada teman untuk habiskan sisa hidup’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada ibu serta suami barunya itu. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar rumah tangga mereka kekal sehingga ke Jannah.

Sumber :zzianazamzuri

SKIP THIS AD ×