berita

‘Kak, Kalau Abang Mati, Kamu Pun Kena Mati Dengan Abang’ – Anak Perempuan Nora Luah Rasa Sedih

December 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kematian membabitkan anak kedua kepada penyanyi popular, Nora Ariffin iaitu Alif Johan yang telah pergi meninggalkan dunia buat selamanya. Alif menghembuskan nafas terakhir di rumahnya seawal usia 20 tahun dan kematiannya dikhabarkan menyerupai arwah bapa, Johan Nawawi beberapa tahun lalu.

Pemergian mengejut Allahyarham itu semestinya dirasai oleh insan terdekat beliau, termasuklah adiknya Putri Nur Dahlia. Tidak dapat menahan rasa sedih dan sebak di atas kehilangan abangnya itu, Dahlia kemudian membuat sedikit coretan dan berkongsikan perasaannya di laman Instagram, semalam.

Kami amat rapat

https://www.instagram.com/p/B6DLMSiFmS7/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi perkongsian sayu yang dibuatnya itu, Dahlia berkata arwah abangnya sebelum ini pernah bergurau agar mereka berdua dapat mati bersama-sama. Katanya, mereka malah pernah berjanji agar menjadi kawan baik dan sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakang dalam apa jua perkara.

Menurut Dahlia, dia dan arwah abangnya itu juga sememangnya sangat rapat dan sering berkongsi rahsia antara satu sama lain. Apa yang lebih menyedihkan luahnya, pada sehari sebelum arwah meninggal dunia, mereka sempat bernyanyi dan menari bersama-sama di dalam biliknya.

Tak balik dah

https://www.instagram.com/p/B6DzHzanYYU/?utm_source=ig_web_copy_link

Sementara itu, Nora juga turut memuat naik beberapa keping gambar bersama arwah Alif di laman Instagramnya semalam. Menerusi kapsyen yang dibuat penyanyi itu, Nora berkata anaknya kini sudah menemui papanya dan tidak akan pulang lagi buat selama-lamanya.

Netizen dan rakan artis turut sedih

Luahan sayu yang dibuat Nora itu telah mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis. Mereka mengucapkan takziah di atas pemergian insan tersayang Nora dan berharap agar penyanyi itu sentiasa diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah kepadanya.

Sumber: Instagram itzputridahlia, Instagram Noraariffin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×