Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kak KM meluahkan rasa syukur apabila namanya tercalon bagi kategori Usahawan Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

Artikel Berkaitan: ‘Anugerah Beri Kredibiliti, Tapi Keajaiban Seni Sebenar Terletak Pada Penonton’ – Hun Haqeem

Satu penghargaan

Mengakui terkejut dengan pencalonan itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menyifatkan penghargaan itu sebagai satu pencapaian yang cukup bermakna buatnya sepanjang bergelar usahawan.

Sebenarnya saya terkejut tapi dalam masa yang sama teruja dengan pencalonan ini

Tertanya juga kenapa saya? Tapi dengan pencalonan ini tunjukkan yang sebenarnya ada juga orang yang nampak saya.

Bila kita tercalon, maksudnya orang nampak kita jadi saya nak berterima kasih atas pencalonan ini.

Kalah atau menang itu semua perkara nombor dua tetapi kalau ada rezeki, saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu, keluarga dan suami yang banyak membantu dan menjadi orang kuat kepada saya sepanjang perniagaan ini.

Mula dari bawah

Bercerita mengenai pembabitannya dalam dunia keusahawanan, anak kepada pelakon Normah Damanhuri memaklumkan kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah mudah seperti yang disangka sesetengah pihak.

Saya mulakan perniagaan secara kecil-kecilan saja. Kesemua ramuan saya yang buat sendiri, badan saya ini jugalah yang dijadikan sebagai testimoni.

Kemudian saya bagi kepada adik beradik yang lain untuk mereka cuba pula ramuan saya.

Dari situlah bermulanya perniagaan saya.

Sekadar info, undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari.

Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Selain Kak KM, antara usahawan yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng dan ramai lagi.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.