berita

Kak KM Teringat Arwah Ayah Menjelang Hari Raya – ’14 Tahun Papa Pergi Meninggalkan Kami Buat Selama-Lamanya’

April 10th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Bersempena hari raya pertama, OhBulan sempat menemu bual usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM mengenai aktivitinya sepanjang hari ini.

Artikel Berkaitan: Kak KM Akui Trauma Selepas Insiden Rumah Kena Pecah Masuk – ‘Takut Pejam Mata Dia Datang’

Ingat arwah papa

Menurut Kak KM, persiapan untuk hari raya sudah dilakukan olehnya sejak awal lagi. Meskipun pernah berdepan kejadian rumah dipecah masuk pada 4 Mac yang lalu, Kak KM berkata, kehidupannya dan keluarga haruslah diteruskan lebih-lebih lagi di hari yang mulia ini.

Tahun ini saya dah sedia lapan pasang baju untuk saya dan anak-anak. Semua saya siapkan sejak awal lagi. Raya pertama macam biasa, kami akan berkumpul adik beradik dan anak menakan di rumah mak di Gombak. Raya kedua baru kami akan balik Perlis iaitu kampung sebelah ayah.

Disoal mengenai momen yang tidak pernah dilupakan semasa hari raya, Kak KM memberitahu dia teringat arwah bapanya.

Saya ingat dekat arwah papa. Dah 14 tahun arwah meninggal dunia dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Bila tiada dia tu memang kami terasa sangat. Kami akan ziarah kubur arwah.

Bercakap pula mengenai rutin hari raya, Kak KM dan adik beradiknya akan mula berkumpul di rumah mak mereka pada malam raya untuk tujuan memasak.

Malam raya kami dah kumpul ramai-ramai sebab nak masak. Apabila pagi raya, kami akan bermaaf-maafan dan makan.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya kepada Kak KM adakah dia selesa menerima tetamu ataupun tidak semasa hari perayaan.

Jelas Kak KM, buat masa ini dia tolak dan tidak percaya sesiapa melainkan adik beradiknya sahaja.

Selepas kejadian itu saya trauma. Ada yang menangis nak jumpa saya sebelum ini. Siap bagitahu staf saya. Sampai staf telefon saya tanya nak jumpa atau tak. Saya tolak buat masa ini sebab tak percaya.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×