Perkongsian terbaharu usahawan sensasi, Kak Nona mengenai kerinduan kepada anaknya menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Jemput Kak Nona, Tak Sokong Tindakan Dia’ – Kak KM

Artikel Berkaitan: Kak KM Sekeluarga Bercuti Di Krabi, Netizen Tak Nak Cakap Fasal Pakaian Tapi Puji ‘Bonding’ Bersama

Rindu

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Nona atau nama sebenarnya Rose Azlina Rosli, 51, memuat naik video yang memaparkan anaknya sedang memasuki pintu kereta.

Kata Nona, rindu terhadap anaknya masih belum habis dan berharap mereka akan bersama tanpa halangan.

Rindu ini belum habis terubat tapi mama simpan doa, satu hari nanti kita akan bersatu tanpa jarak.

Sayang anak mama.

Perkongsian itu menraih perhatian ramai yang rata-ratanya turut meluahkan sebak dan memahami apa yang dirasai oleh Nona.

Sebelum ini, hubungan Kak Nona bersama adiknya, Kak KM kembali renggang apabila berlaku perselisihan faham mengenai keluarga mereka.

Perkara menjadi lebih teruk apabila Kak KM memilih untuk tidak menjemput Nona ke rumah terbukanya.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan isu melibatkan anak saudaranya yang sehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Threads