berita

Kakak Artis Terkenal Kahwin YB Terengganu?

February 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kawin YB

Isteri kepada YB Terengganu, Mastura Othman, 47 telah mengemukakan permohonan cerai keatas suaminya Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

Menurut Mastura, beliau mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya kerana merasa amat kecewa dengan perbuatan suami yang didakwa telah menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember yang lalu.

“Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).”

“Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.”

Menurut Mastura, kakak kepada artis terkenal tersebut merupakan isteri ketiga kepada suaminya dan mereka telah mendirikan rumahtangga sejak Jun tahun lalau.

Mastura turut mendakwa beliau mengetahui berita perkahwinan suaminya dengan kakak artis tersebut setelah menemui gambar wanita berkenaan di dalam telefon bimbit suaminya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah telah menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes ini.

Sumber : Sinar Harian.

SKIP THIS AD ×