berita

“Kakak Kena Kalah Dengan Adik” – Apa Jadi Bila Adik Sendiri Nak Rampas Suami Si Kakak?

November 17th, 2020 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Adik-beradik ni ada macam-macam ragamnya. Kadang-kadang seronok bila saling menyakat, kadang-kadang boleh juga berselisih faham hanya sebab benda yang remeh. Tapi, cuba bayangkan kalau korang ada adik yang sanggup merancang untuk hancurkan rumah tangga korang dek kerana cemburu?

Korang jangan tak percaya, memang ada adik macam ni tau. Okay, kami nak share sikit kisah Amanda, seorang kakak yang penyayang dan terlalu mengambil berat tentang adiknya, Amani. Bila Amanda bertemu dengan cinta hatinya Fahad, mereka tak tunggu lama dan terus berkahwin.

Amani pula terperangkap dalam sebuah perkahwinan yang tak membahagiakan dan mula cemburu pada Amanda yang gembira di samping Fahad. Sejak tu Amani nekad, dia tak boleh kalah dengan Amanda. Biar apa pun yang terjadi, dia mahu Fahad menjadi miliknya.

Lepas tu macam mana? Sanggup ke Amanda mengalah sebab dia sayangkan adiknya? Haaa…Kalau nak tahu kesudahanya korang kenalah tengok sendiri drama terbaru ‘Cinta Sekali Lagi’ lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Lebih istimewa, drama ni adalah kemunculan semula Saharul Ridzwan sebagai hero untuk drama jam 7 tau.

Kalau korang tak sempat nak tengok dekat TV slot pukul 7 tu tak apa, bertenang semua! Kami faham waktu ni boleh dikatakan waktu puncak untuk kita semua. Ye lah, sebab baru balik kerja…macam-macam hal rumah kena settle kan? Jadi, korang boleh tengok  drama ‘Cinta Sekali Lagi’ ni secara PERCUMA dan EKSKLUSIF dekat IQIYI pada bila-bila masa saja! Bermula jam 8 malam, setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari 4 November – 14 Disember.

Di aplikasi IQIYI ni, korang boleh muat turun apa-apa saja drama pilihan korang, untuk ditonton kemudian tanpa memerlukan sambungan internet. Senang kan? Pilih je nak tengok drama apa dan dari peranti apa. Telefon pintar? Laptop? Ataupun Smart TV? Semuanya boleh! Takde masalah!

Setiap drama juga tersedia sarikata Bahasa Malaysia dan English bagi memudahkan korang faham setiap dialog. Yelah, kadang-kadang dialog sesetengah babak tu agak laju kan. Dengan adanya sarikata mudahlah sikit! Tak payah korang rewind semula semata-mata nak dengar dialog je.

‘iQIYI: Remix’ lain dari yang lain

Buat julung kalinya, IQIYI juga bakal memperkenalkan short webisode terbaru iQIYI: Remix yang menggabungkan barisan watak-watak hebat dari drama berlainan dalam satu video!

Cool weh! Dalam satu web-series ada Lailer (Kampung people), Helmi (7 Hari Mencintaiku) dan tak lupa hero Malaya Saharul Ridzwan (Cinta Sekali Lagi). Dengar cerita, ada juga virtual cameo dari salah seorang pelakon utama ‘7 Hari Mencintaiku’. Nak tahu siapa? Korang kenalah tengok sendiri nanti!

Ni baru permulaan je tau! Akan datang, iQIYI: Remix bakal membawakan lebih banyak watak dari pelbagai drama berbeza untuk disatukan dalam webisode. Tunggu ya, tak lama lagi hero pujaan korang dari drama lain pula akan buat kemunculan istimewa.

Selain drama tempatan, korang juga boleh strim drama Korea terbaru seperti The Spies Who Loved Me, Tale of the Nine Tailed18 Again dan banyak lagi! Gerenti korang susah nak pilih untuk tengok yang mana dulu!

Lagi best, korang boleh tengok kebanyakkan drama-drama ni secara  percuma je tau! Ingat, platform streaming terbaik untuk layan drama-drama hangat? iQIYI of course. Jom muat turun aplikasi IQIYI sekarang juga, atau layari www.iQ.com!. Lebih mudah untuk korang tonton drama pilihan di mana-mana dan pada bila-bila masa!

SKIP THIS AD ×