berita

Kakak Meninggal Dunia Masa Majlis Kahwin, On The Spot Terus Ganti Dengan Adik Pengantin!

June 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Di Uttar Pradesh, India seorang gadis terpaksa menjadi pengantin ‘bidan terjun’ bagi menggantikan tempat kakaknya yang meninggal dunia ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.

Demi menjaga aib kedua-dua pihak, majlis itu perlu diteruskan seperti mana yang dirancang walaupun lelaki berkenaan ‘terpaksa’ berkahwin dengan adik ipar sendiri.

Pengantin bidan terjun

Foto: Daily Mail

Lapor Daily Mail, pada asalnya pengantin perempuan yang dikenali sebagai Surbhi akan disatukan bersama pilihan hatinya iaitu Manjesh Kumar. Bagaimanapun, atas persuratan takdir gadis ini secara tiba-tiba rebah ketika majlis sedang berlangsung dan dipercayai terkena serangan jantung.

Keadaan di situ menjadi panik dan keluarga kepada pengantin telah menghubungi doktor bagi mendapatkan rawatan susulan kepada Surbhi. Namun, pengantin wanita ini tidak dapat diselamatkan oleh doktor dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujar keluarga Surbhi, mahu tidak mahu majlis tersebut tetap perlu diteruskan seperti biasa walaupun pengantinnya sudah meninggal dunia. Difahamkan, keadaan ketika itu semakin keruh dan timbul konflik di antara dua-dua pihak.

Pihak pengantin perempuan masih mengharapkan mahar (hantaran), manakala pihak pengantin lelaki tidak mahu menanggung malu berikutan pulang tanpa ‘kehadiran’ isteri di sisi.

Tukar perancangan

Foto: The Sun

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak membuat pebincangan dan telah mengambil keputusan sepakat untuk mengambil adik Surbhi iaitu Nisha bagi menggantikan kakaknya sebagai pengantin. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mayat gadis itu terpaksa disimpan di sebuah bilik kosong terlebih dahulu bagi memberikan keutamaan untuk meneruskan majlis perkahwinan itu.

Ujar bapa saudara Surbhi, Ajab Singh, mereka masih bersedih dengan apa yang telah terjadi.

Seorang anak perempuan terbaring menjadi mayat di satu bilik, seorang anak perempuan lagi berkahwin dalam satu bilik yang lain. Kami tidak pernah merasai emosi bercampur seperti ini, kesedihan atas kematiannya dan bahagia atas perkahwinannya

Sumber: Daily Mail & The Sun

SKIP THIS AD ×