berita

‘Kakak Tak Ada Niat..’ – Viral Video Wanita Bertudung ‘Ambil’ Telefon Di Kedai, Adik Tampil Buka Mulut

October 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang wanita bertudung mengambil sebuah telefon pintar milik individu lain yang dikatakan tertinggal di sebuah kedai roti. Meskipun begitu, wanita terbabit mengaku tidak berniat mahu mengambil telefon terbabit.

Telefon ‘hilang’ di kedai roti

Menerusi laporan yang dipetik Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang dikenali dengan nama Siti Suhaila Che Razali bersama anak lelakinya memasuki kedai roti di Kubang Kerian. Namun lain pula yang jadinya apabila tanpa disedari telefon pintarnya model Phone Google Pixel 2 xl tertinggal di atas meja saringan suhu di premis terbabit.

Pada masa sama, anak menangis menyebabkan keadaan kelam kabut dan saya terlupa telefon. Saya hanya menyedarinya ketika membuka beg duit dan teringat tertinggal telefon di meja pintu masuk kedai tetapi apabila dicari telefon sudah tidak ada.

Menceritakan kisah itu, mangsa memberitahu, sebaik menyedari kejadian itu dia segera meminta pemilik kedai roti berkenaan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dari rakaman CCTV kelihatan seorang wanita telah mengambil telefon pintar itu sebelum beredar meninggalkan premis berkenaan.

Berjanji akan pulangkan telefon

Tambah mangsa lagi, suaminya sudah pun berkali-kali cuba menghubungi nombor telefon tersebut tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima selain turut menghantar pesanan supaya telefon terbabit dikembalikan segera kepada pemiliknya.

Selepas rakaman CCTV ini tular, seorang individu mengaku adik pelaku mengirimkan pesanan ringkas pada jam 9 pagi hari ini yang memaklumkan kakaknya tidak berniat untuk mengambil telefon bimbit berkenaan sebaliknya tergesa-gesa meninggalkan kedai kerana hendak menghadiri majlis hari jadi anaknya selain berjanji untuk memulangkan telefon bimbit berkenaan.

Menurut mangsa, dia sangat berharap agar wanita terbabit akan memulangkan telefonnya kerana segala maklumat mengenai urusan kerja tersimpan dalam telefon itu. Sementara itu, wanita terbabit sudah pun meminta maaf atas kesilapannya. Menurut mangsa, dia berharap orang ramai jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil barang milik orang lain.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×