berita

Kakak Virgoun Harap Hak Jagaan 3 Anak Berakhir Dengan Adil

September 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Kakak kepada penyanyi Indonesia, Virgoun berharap perebutan hak penjagaan anak antara Virgoun dan Inara Rusli berakhir dengan adil.

Artikel Berkaitan: Inara Rusli Tuntut Hak Royalti Tiga Lagu Bersama Virgoun

Artikel Berkaitan: Inara Rusli Mengaku Masih Isteri Virgoun, Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Peguam

Pertelingkahan makin teruk

Menerusi laporan Tribun News, pertelingkahan antara Virgoun dan Inara Rusli semakin teruk apabila mereka merebut untuk hak penjagaan anak.

Perkara ini telah sampai ke telinga kakaknya Virgoun, Ferry Carol. Febby menyatakan harapannya bahawa jika sesiapa yang mendapat hak penjagaan anak, ia mestilah berlaku adil terhadap anak itu.

Selain itu, Febby juga turut menegaskan untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada perkembangan kanak-kanak itu.

Kakak kepada Virgoun juga meminta agar Virgoun diberi masa untuk bertemu dengan anaknya.

Jangan susahkan nak jumpa daddy, jangan hadkan. Kemudian bawalah pergi ke neneknya seperti membuat panggilan video atau mungkin berjumpa, jangan hadkan dan jangan susahkan.

Pada masa yang sama, Febby berkata selama ini Inara tidak pernah melarang keluarga Virgoun untuk bertemu dengan anak mereka cumanya tindakan Inara itu seolah-oleh tidak mengizinkan.

Tiada had untuk berjumpa dengan cucu

Sebaliknya, Inara Rusli menegaskan bahawa dia tidak menghadkan komunikasi antara ibu Virgoun, Eva Manurung dan anak-anaknya.

Sebenarnya, saya tiada bantahan terhadap komunikasi antara mereka, cumanya mereka yang memasang tembok tinggi dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang menyenangkan tentang saya.

Menurut Inara, keadaan ini yang menyebabkan ibu Virgoun tidak mahu berjumpa dengan cucunya.

Dalam pada itu, Inara juga mengesahkan bahawa ibu Virgoun sudah lama tidak berjumpa dengan cucunya, lebih-lebih lagi sejak berlaku kekacauan dalam rumah tangga dengan Virgoun.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×