berita

‘Kaki Dibedah Tapi Tak Keluar Darah & Nanah’ – Enam Doktor Pakar Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim

February 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pendakwah bebas terkenal iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memberitahu enam doktor pakar gagal mengesan penyakit misteri yang dialaminya sejak Oktober tahun lalu.

Enam doktor tak dapat kesan penyakit

Ustaz Kazim memaklumkan seramai enam orang doktor pakar masih belum dapat mengenal pasti penyakit misteri yang dihidapnya sejak tahun lalu. Jelas beliau lagi, meskipun penyakitnya itu gagal dikesan namun dia tetap melakukan pelbagai ikhthiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif.

Pelbagai rawatan sudah dilakukannya termasuklah melakukan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), diambil darah dan sampel spesimen untuk pemeriksaan terperinci.

Alhamdulillah, saya masih meneruskan rawatan di hospital setakat ini dengan enam doktor pakar untuk merawat saya. Mereka sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit yang saya hadapi.

Dakwa Ustaz Kazim lagi, dia juga telah menjalani pembedahan pada bahagian kakinya yang bengkak namun tiada darah dan nanah yang dikesan di bahagian anggota badan itu.

Itu yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar. Ada video dirakam di mana kaki saya dibedah tidak ada darah dan nanah padahal saya ini makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini. Bukti video saya ada tetapi masalah hendak tunjuk kepada media takut dikatakan cari propa (propaganda).

Maih meneruskan rawatan

Menurut Ustaz Kazim, meskipun dirinya sedang meneruskan dengan rawatan alternatif tetapi dalam masa yang sama dia tetap menjalani rawatan moden di Hospital Pakar Ipoh.

Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas padahal saya sudah buat semua prosedur termasuk jalani pembedahan.

Terdahulu, Ustaz Kazim pernah mendedahkan bahawa dirinya mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajahnya terutama pada bahagian mata dan bibir. Bukan itu sahaja, wajahnya juga kelihatan semakin cengkung dan tampak uzur selain mengalami bengkak pada kaki kiri sehingga dia terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuk berjalan selain menggunakan kerusi roda.

Sebelum ini juga, Ustaz Kazim pernah berkongsi satu posting di Facebook menunjukkan gambar kotak berisi abu yang terdapat gambarnya yang telah dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi, Perak. Malah keluarga Datuk Mohd Kazim Elias mendakwa tidak menolak kemungkinan kesakitan yang dialami pendakwah terkenal itu adalah akibat perbuatan sihir.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×