
Kalau ada satu benda yang boleh buat orang sanggup datang dari jauh, jawapannya mestilah makanan.
Daripada nasi lemak dan nasi kandar hinggalah ke restoran warisan yang dah beroperasi bertahun-tahun, Malaysia memang tak pernah kekurangan port makan yang sedap.
Tapi dengan terlalu banyak pilihan, kadang-kadang susah juga nak tahu yang mana satu betul-betul menjadi kegemaran orang tempatan.
Sebab itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026), Grab memperkenalkan Grab 5-Star Eats, sebuah panduan makanan yang menghimpunkan lokasi pilihan berdasarkan jutaan ulasan dan penilaian rakyat Malaysia sendiri.
Menariknya, inisiatif ini turut diketengahkan dalam sebuah sesi tayangan eksklusif yang menampilkan pratonton episod ketiga Rakan Grab Jelajah Malaysia serta Video Kembara Malaysia terbaharu oleh Sofyank dan team.
Nak cari makan sedap? Grab 5-Star Eats dah senaraikan untuk korang

Kadang-kadang bukan susah nak cari makanan sedap, tapi susah nak tahu mana satu yang betul-betul berbaloi untuk dicuba.
Sebab itu Grab 5-Star Eats Food Guide diwujudkan untuk membantu orang ramai dan pelancong mencari lokasi makanan yang mendapat pengiktirafan daripada rakyat Malaysia sendiri.
Panduan ini dibina berdasarkan jutaan penilaian dan ulasan pengguna Grab dari seluruh negara, sekali gus memudahkan korang menemui port makan yang menjadi kegemaran komuniti setempat, bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di pelbagai negeri di Malaysia.

Rakan Grab jelajah Malaysia tunjuk sisi Malaysia yang ramai tak pernah nampak

Bagi menghidupkan lagi semangat VMY2026, Grab turut bekerjasama dengan personaliti media dan pencipta kandungan tempatan menerusi kempen Rakan Grab Jelajah Malaysia.
Dihoskan oleh Shahril Hamdan menerusi KS Lagi, siri pengembaraan tiga episod ini membawa penonton menjelajah Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah sambil menyelami budaya, komuniti dan makanan tempatan yang menjadi kebanggaan setiap negeri.

Menariknya, Grab turut mengadakan sesi tayangan eksklusif bersama media dan tetamu jemputan yang menampilkan pratonton episod ketiga Rakan Grab Jelajah Malaysia.
Siri ini turut mengetengahkan beberapa merchant Grab 5-Star Eats yang menjadi kegemaran ramai, termasuk:
- Village Park Restaurant
- Hameediyah Restaurant (Jalan Bukit Bintang)
- Restoran Mat Binjai (Jalan Sultan Sulaiman)
- Borenos Fried Chicken (Asia City)
- A1 Chicken Rice (Lintas Plaza)
Daripada resipi warisan hinggalah ke hidangan yang menjadi kebanggaan sesebuah negeri, setiap lokasi ini memperlihatkan kepelbagaian rasa yang menjadikan Malaysia antara destinasi makanan paling menarik untuk diterokai.
Sofyank bawa keindahan Malaysia ke skrin dengan CGI yang memukau!
Selain siri jelajah tersebut, pencipta kandungan terkenal Sofyank turut bekerjasama dengan Grab menerusi sebuah Video Kembara Malaysia yang menggunakan teknologi CGI.
Video ini membawa penonton mengembara merentasi pelbagai destinasi, makanan dan pengalaman unik di Malaysia melalui transisi visual yang cukup mengagumkan.
Ia sekali gus memperlihatkan bagaimana teknologi dan kreativiti boleh digunakan untuk memperkenalkan keunikan Malaysia kepada audiens yang lebih luas, termasuk pelancong antarabangsa.
Grab mahu jadikan pengalaman melancong di Malaysia lebih mudah!

Selain membantu pelancong mencari makanan tempatan yang mendapat pengiktirafan ramai, Grab turut memainkan peranan dalam memastikan pengalaman mereka di Malaysia lebih lancar dan selesa.
Menerusi program Kursus Mesra yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), beberapa Rakan Pemandu Grab telah menerima latihan khas untuk memberikan pengalaman yang lebih mesra kepada pelancong yang berkunjung ke negara ini.
Sebagai tambahan, pelancong antarabangsa juga boleh mengakses Visit Malaysia 2026 Travel Pass dalam aplikasi Grab untuk menikmati pelbagai promosi dan penjimatan bagi perkhidmatan GrabCar serta GrabFood sepanjang mereka meneroka Malaysia.
Jadi, port makan mana yang korang nak cuba dulu?

Sama ada korang sedang merancang food hunting hujung minggu atau ingin meneroka rasa autentik Malaysia, Grab 5-Star Eats boleh menjadi rujukan untuk mencari lokasi makanan yang mendapat pengiktirafan daripada jutaan rakyat Malaysia.
Buka aplikasi Grab dan terokai panduan Grab 5-Star Eats untuk menemui restoran serta kedai makan yang menjadi kegemaran ramai di seluruh negara.
Pelancong antarabangsa pula boleh menikmati pelbagai tawaran menerusi Visit Malaysia 2026 Travel Pass bagi menjadikan perjalanan mereka lebih mudah dan berbaloi.
Untuk info lanjut boleh layari laman web mereka di SINI.








