berita

Kaki Gambar Kena Tahu Kamera Menarik Pada Siri Redmi Note 13 Terbaru, Hasil Padu & Ikonik!

January 22nd, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Setiap hari kita lalui banyak momen terindah bersama orang tersayang. Semuanya dapat dilihat semula melalui gambar yang ditangkap dengan smartphone. Tu la cara paling mudah untuk simpan kenangan yang kita ada.

Sebab tu kalau cari smartphone, ramai nak yang kamera cantik. Boleh dikatakan tu salah satu benda wajib dalam list. Lebih-lebih lagi kalau travel, mesti nak gambar paling cantik dan wow!

Banyak perkara menarik yang kami temui pada Siri Redmi Note 13 sepanjang perjalanan di Bangkok bersama Xiaomi Malaysia. Ini antaranya!

Siri Redmi Note 13 terbaru ni sesuai untuk kaki gambar!

Teruja bila dapat tahu Siri Redmi Note 13 dah ada kat Malaysia. Tak nampak macam smartphone kelas pertengahan biasa. Ini la smartphone ‘RAJA’ kelas pertengahan yang ditawar dengan harga mesra pengguna.

Siri Redmi Note 13 menawarkan empat variasi iaitu Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G, dan Redmi Note 13.

Memang kecoh bila Siri Redmi Note 13 ni keluar. Dengar cerita, smartphone ni sesuai untuk mereka yang suka tangkap gambar. Kenapa macam tu? Meh tengok ni.

Sistem tri-kamera dengan ciri ikonik & serba boleh

Kamera pada Siri Redmi Note 13 sangat ikonik dengan sistemnya yang serba boleh untuk memenuhi pelbagai keperluan fotografi yang pelbagai. Keupayaan pengimejannya cukup mengagumkan. Kameranya sangat superb!

Didatangkan dengan sistem tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 200MP atau 108MP, lensa ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan kamera swafoto 16MP, semuanya disokong oleh Enjin Pengimejan Xiaomi yang hebat.

Memiliki spesifikasi kamera yang cukup menakjubkan

Model Pro, Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G, menampilkan kamera 200MP resolusi ultra tinggi dengan penstabilan OIS. Hasil gambar yang ditangkap sangat jelas dan memuaskan.

Sistem kameranya juga dilengkapi dengan sensor lossless 2x serta 4x. Hasil gambar jarak dekat lebih terperinci dan beri fokus kepada subjek yang ingin dirakam. Gambar yang terhasil jadi lebih tajam oi. Hebat gila!

Gambar tetap jelas & terang, walaupun waktu malam

Gabungan sensor lossless 2x serta 4x, apertur f/1.65 yang sangat besar dan piksel Tetra2 (teknologi pixel-binning termaju) hasilkan gambar jelas dan terang walaupun dalam keadaan pencahayaan yang lemah. Lensa 7P dengan Atomic Layer Deposition (ALD) pula mengurangkan suar dan ghosting.

Senang cerita, tak payah risau la kalau korang nak tangkap gambar pada waktu malam. Walaupun kurang cahaya, kualiti imej tetap menakjubkan tau. Kameranya memang canggih!

Pelbagai filter tersedia, gambar lebih stylo

Model standard iaitu Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 pun tak kurang hebatnya. Dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan zum lossless 3x, imej yang terhasil cukup luar biasa dengan butiran yang lebih halus.

Paling best, korang boleh jugak tambah filter kamera filem dan art frame filter untuk hasil gambar yang lebih menarik.

Hasil gambar memang cun & wow!

Ini antara hasil gambar yang akan buat korang ternganga bila tengok. Sangat amazing beb!

Rekaan premium, warna pun sumpah cantik!

Kagum la tengok design Siri Redmi Note 13. Ditampilkan dengan bezel ultra-nipis, smartphone ni kelihatan premium dan tahan lasak. Rekaan yang ikonik buatkan mereka yang memilikinya nampak bergaya.

Dari model standard hingga Pro+, semuanya tersedia dengan warna-warna yang cukup mempesona. Nak pilih pun sampai rambang mata. Semua cantik!

  • Redmi Note 13 Pro+ 5G: Midnight Black, Moonlight White, Aurora Purple

  • Redmi Note 13 Pro 5G: Midnight Black, Aurora Purple, Ocean Teal

  • Redmi Note 13 5G: Graphite Black, Artic White, Ocean Teal

  • Redmi Note 13: Midnight Black, Mint Green, Ice Blue, Ocean Sunset

 

Apa yang kami boleh katakan, kaki gambar akan jatuh cinta teruk dengan Siri Redmi Note 13 ni. Boleh tangkap gambar yang cantik sepuas-puasnya. Yay!

Korang boleh dapatkan Siri Redmi Note 13 menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia atau secara online di Shopee atau Lazada sekarang!

Nak info lebih lanjut tentang Siri Redmi Note 13? Korang boleh klik SINI ya.

SKIP THIS AD ×