berita

Kaki, Tangan & Muncung Kucing Dikerat, Persatuan Haiwan Malaysia Tawar RM5,000 Bantu Kesan Pelaku

January 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes penderaan dan kekejaman terhadap haiwan dilihat semakin meningkat pada hari ini. Perlakuan tidak berperikemanusiaan ini dilakukan individu tertentu bagi memuaskan hati mereka yang kononnya tidak suka dan ‘kurang senang’ dengan haiwan terbabit di kawasan persekitaran mereka. Apa yang lebih keji, individu tidak bertanggungjawab ini seolah-olah tiada langsung rasa simpati dan kasihan sehingga sanggup mencederakan makhluk Allah ini dengan begitu kejam sekali.

Kali ini, Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebooknya mendedahkan nasib malang yang ditimpa seeokor kucing apabila ia telah didera dengan begitu dasyat sekali sehingga mati oleh individu tidak dikenali.

Zalim sungguh!

Dalam satu perkongsian yang dibuat persatuan itu di laman Facebook mereka semalam, seekor kucing telah diperlakukan dengan kejam oleh individu tidak dikenali di mana keempat-empat kaki, tangan dan muncung kucing itu telah dipotong dan dikerat.

Menurut mereka, kucing itu telah ditemui berhampiran sebuah bengkel dan kini mereka merayu mana-mana orang awam yang boleh menjadi saksi terhadap kekejaman itu tampil bagi membantu menangkap individu yang memperlakukan perbuatan zalim itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan wang ganjaran sebanyak RM5,000 kepada pemberi maklumat dan saksi yang tampil dengan maklumat lengkap.

Netizen bengang

Rata-rata pengguna Facebook yang melihat posting berkenaan turut bersimpati dan kasihan dengan nasib yang ditimpa kucing malang itu. Malah, mereka juga turut mengutuk perbuatan individu tersebut yang disifatkan sebagai zalim di samping turut berdoa supaya si pelaku dapat ditangkap dan dikenakan hukuman dengan segera.

Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×