berita

Kaki, Tangan Wanita Dipotong Selepas Makan Tilapia Kurang Masak

September 19th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita dari Amerika Syarikat kehilangan keempat-empat anggota badannya iaitu tangan dan kaki selepas mengalami jangkitan kuman akibat makan ikan tilapia yang dipercayai tidak masak dengan sempurna

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Doa’- Alami Jangkitan Dalam Saluran Kencing, Jalaluddin Hassan Makin Pulih

Hampir hilang nyawa

Menerusi laporan The Straits Times, Laura Barajas, 40 dari San Jose, California, telah menjalani pembedahan pada Rabu lalu selepas dimasukkan ke hospital selama sebulan lebih ekoran jangkitan tersebut.

Menurut rakannya, Anna Messina, pada Julai lalu, Barajas, ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan memakan ikan yang dibelinya di pasar tempatan

Dia hampir kehilangan nyawanya. Dia menggunakan alat pernafasan.

Messina percaya jangkitan itu berlaku disebabkan oleh Vibrio Vulnificus bakteria yang disebabkan oleh makanan laut mentah atau kurang masak. Pada 1 September, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pernah memberi amaran tentang bakteria ini.

Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio Vulnificus apabila mengambil makanan laut mentah, kurang masak atau mendedahkan luka kepada air laut.

CDC juga menambah bahawa kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti akan mati.

Dalam pada itu, Messina berkata, dia dan keluarga Barajas masih berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dan berharap agar orang ramai sedar betapa berharganya kehidupan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang kerana ia boleh diambil dengan begitu cepat, dengan begitu mudah.

Sepanjang pengalaman pahit itu, pasangan Barajas, Encik Jose Valdez, sentiasa berada di sisinya.

Pada masa yang sama, Messina telah menyediakan halaman GoFundMe untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya. Sehingga kini, lebih daripada AS$35,000 (S$48,000) berjaya dikumpul.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×