berita

Kakitangan Hospital Kantoi Beli Makanan Guna Kad Debit Pesakit Meninggal Dunia, Beri Alasan Tertukar Kad

June 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang kakitangan hospital mengaku menggunakan kad debit kepada pesakit yang didapati telah meninggal dunia untuk membeli makanan ringan di mesin layan diri selepas 17 minit pesakit tersebut mati di United Kingdom.

Guna kad debit pesakit yang telah meninggal

Sekadar gambar hiasan

Menurut polis, doktor telah mengesahkan masa kematian mangsa adalah pada pukul 1.56 petang waktu tempatan pada 24 Januari. Namun selepas 17 minit mangsa meninggal, terdapat rekod penggunaan kad debit digunakan di mesin layan diri di hospital berkenaan.

Wanita yang berumur 23 tahun itu dikatakan telah membuat enam pembelian dengan menggunakan pembayaran secara contactless dan kemudiannya  melakukan lagi belah petang pada hari yang sama.

Empat hari kemudian, Basharat dipercayai mencuba untuk menggunakan kad berkenaan sekali lagi, namun malangnya ketika itu kad berkenaan tidak boleh digunakan kerana telah dibatalkan.

Keliru dengan kad miliknya

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan wanita berkenaan ketika dia sedang bekerja di hospital dan telah menjumpai kad debit milik mangsa.

Suspek pada awalnya mendakwa dia menjumpai kad tersebut di lantai tempat kerjanya dan mengatakan dia keliru dengan kad miliknya.  Namun pihak berkuasa mengatakan bahawa kedua-dua kad itu memiliki warna yang berbeza.

Basharat dikatakan telah tiba di Mahkamah Birmingham pada Rabu atas pertuduhan menipu dan mencuri dengan menggunakan kad milik mangsa yang berusia 83 tahun berkenaan di Hospital Heartlands.

Sumber : New York Post

SKIP THIS AD ×