berita

Kakitangan Jabatan Kecemasan & Trauma Ini Dedah Orang Singapura Paling Ramai Guna Lorong Kecemasan

August 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Seperti yang kita tahu, bahu jalan atau lorong kecemasan disediakan bagi memberi laluan kepada pihak penguasa di waktu kecemasan. Namun apa yang menyedihkan, sehingga ke hari ini masih lagi ramai pengguna jalan raya yang bersikap degil dengan menggunakan lorong tersebut bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Sikap mementingkan diri sendiri itu tidak hanya wujud dalam kalangan sesetengah masyarakat di negara kita. Apa yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini pastinya akan membuatkan kita geram selepas ini.

 2/3 orang Singapura guna lorong kecemasan

Menerusi satu perkongsian yang ditulis oleh Zulfiekar Razak di laman Facebook miliknya, dia ‘bengang’ apabila mendapati lorong yang dikhaskan itu banyak digunakan oleh kenderaan dari Singapura.

Katanya, perkara tersebut dilihat jarang berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Namun, ketika melintasi lebuh raya Utara-Selatan semalam, dia mendapati  2/3 daripada mereka yang menggunakan lorong itu dilakukan oleh penduduk Singapura yang datang ke Malaysia.

Penyalahgunaan laluan kecemasan sangat jarang berlaku di KL ketika ini. Namun, dalam pengamatan saya di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan petang tadi, 2/3 penyalahguna laluan kecemasan merupakan dari negara jiran (Singapura)!!

Tak hormat negara orang langsung!

Individu yang bekerja di Jabatan Trauma dan Kecemasan di sebuah hospital itu menganggap rakyat Singapura hanya patuh kepada undang-undang di negara mereka sendiri namun bersikap kurang ajar ketika berada di Malaysia.

Katanya, pemikiran rakyat negara itu terhadap undang-undang di Malaysia masih jauh ketinggalan dan tidak menggambarkan kematangan mereka walaupun selepas 54 tahun merdeka.

Mereka ini sangat ‘obedient’ di negara mereka tetapi pada saya, sangat kurang ajar di negara Malaysia. My respect towards them totally went down the drain!!!

54 tahun kemerdekaan Singapura nampaknya hanyalah kebanggaan di TV sahaja, pemikiran dan respect akan undang-undang, regulasi dan jabatan-jabatan kerajaan negara jiran masih jauh ketinggalan.

Dah buat laporan kepada JPJ

Menurut individu itu lagi, dia juga telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kesalahan tersebut.

Haa.. bagus betul tindakan lelaki ni. Dah datang negara orang tu patutnya bawa la perangai elok sikit. Kan dah kena saman.

Sumber: Facebook Zulfiekar Razak

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×