berita

‘Kalah Seorang Srikandi, Dia Kalah Bermaruah’ – Alyah Puji Keberanian Nabila Razali

March 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi Datin Alyah juga turut memberi komen dan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa finalis AJL35, Nabila Razali yang telah dikritik teruk daripada netizen gara-gara persembahannya yang kurang memuaskan pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan : ‘Jangan Perlekehkan Persembahan Orang Lain’ – Siti Sarah

Artikel Berkaitan : ‘You Did Well!’ – Neelofa Puji Nabila Razali

Artikel Berkaitan : ‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’- Nabila Razali

‘Kalah dengan bermaruah’

Walaupun banyak kecaman di media sosial, namun ramai yang tampil untuk beri sokongan buat Nabila Razali.

Menerusi Instagramnya, Datin Alyah telah memberi reaksi yang positif terhadap penyanyi peluang kedua tersebut. Katanya Nabila Razali telah menjalankan tugasnya dengan sehabis baik. Nabila Razali juga dipuji sebagai serikandi yang telah kalah dengan bermaruah di AJL35.

Dia kalah bermaruah, dia jalankan tugas dengan sehabis baik. Tahniah adik.

‘Saya cakap berdasarkan pengalaman’

Selain mengucapkan tahniah, penyanyi sesal separuh nyawa ini turut berharap agar Nabila Razali ini positif kerana persembahan itu antara paling diingati.

Pandang positive kamu lebih diingati dari yg lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik).

Cuma nak tanya je? Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka… Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza di pentas yg sama.

Datin Alyah juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut lebih peka kerana beliau sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

Sumber : Datin Alyah

SKIP THIS AD ×