Bekerja tidak kira di bawah terik mentari dan hujan, penghantar makanan merupakan antara petugas barisan hadapan yang banyak berkorban. Mereka bertanggungjawab membekalkan makanan kepada pelanggan yang mahukan servis penghantaran.
Namun, seperti sudah ditetapkan ajal, Muhammad Zaim Bin Azman meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bekerja. Kakak ipar arwah, Syazwani Abd Rahim berkongsi khabar duka itu di laman Facebook.
Meninggal dunia kemalangan
Kalau nak mati kat rumah pon boleh mati
Alhamdulillah. Sayu kak wani tengok beg ko Zaim. Ada sejadah dan kain pelikat ko bawak setiap masa pergi kerja. Semoga syurga tempatmu adikku. Allahuakbar.. Ramai kawan-kawan panda dia datang mengiringi Zaim.
Ibu ada cerita suruh Zaim tak payah kerja PKP ni. Dia kata “kalau abang tak kerja siapa nak kerja hantar makanan orang tengah susah nak keluar PKP ni, kalau nak mati kat rumah pon boleh mati”.
Zaim anak yang baik. Kawan yang baik. Adik yang baik. Abang yang baik. Pak lang yang baik.
Syazia pon nangis teresak-esak tadi tengok pak lang seolah-olah faham. Umi peluk untuk tenangkan dia. Sekarang pon asik dok sebut takleh jumpa pak lang dah lepasni. Kakak sayang pak lang.
Biarlah simpan kenangan di sini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Di Twitter, rakan-rakan mengucapkan takziah di atas pemergian Muhammad Zaim. Mereka menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang sangat baik dan rajin menolong orang. Malah, semasa pengebumian, rakan-rakan dari syarikat penghantaran turut dilihat mengiringi perjalanan terakhir arwah ke tanah perkuburan.
Sumber : Syazwani Abd Rahim , Twitter