berita

‘Kalau Ada Perselisihan Faham, Eloklah Berjumpa & Berbincang’ – Sultan Johor Minta Kepimpinan Baru Majukan Johor

April 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini kerajaan negeri Johor telah mengadakan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor, di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Majlis yang dilakukan mengikut tradisi itu dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menerusi Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah supaya pelantikan Menteri Besar dan barisan EXCO yang baru mampu berusaha membangunkan dan memajukan negeri tersebut.

Pentadbiran dan pengurusan berjalan lancar

Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor. Justeru, kepimpinan baru harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela.

Pada masa yang sama, saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar.

Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara Negeri Johor dan Kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan. Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat. Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor.

Menurut baginda, kesemua barisan pemimpin yang dilantik perlulah bersatu padu dalam melaksanakan tugas dan berbincang antara satu sama lain jika berlaku sebarang masalah.

Bukan ganggu proses pentadbiran

Menerusi Malaysia Kini, Bekas Menteri Besar Johor, Muhyiddin Yassin berkata, dia telah mengadap Sultan Johor untuk berterus terang berkaitan urusan campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri berkenaan. Baginya, Sultan Iskandar layak untuk campur tangan dalam urusan negeri tetapi tidak boleh menganggu proses pentadbiran kerajaan negeri itu.

Campur tangan dalam pentadbiran negeri, bukan tak boleh. Boleh sedikit sebanyak. Tetapi yang boleh menganggu proses perjalanan pentadbiran kerajaan negeri, jangan diteruskan.

Barisan pemimpin baru Johor

Dr Sahruddin dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-17. Beliau menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 8 April lalu. Tiga muka baru turut diperkenalkan sebagai EXCO iatu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi, ADUN Tenang, Mohd Solihin Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon manakala dua EXCO sah digugurkan iaitu ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Skudai, Tang Hong Pin.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar & Malaysia Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×