
Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, iaitu Azeva Natassha, tampil memberikan penjelasan berhubung isu RM10 juta yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] A Aida Kongsi Momen Azeva Bantu Bawa Beg Warga Emas Di Lapangan Terbang – ‘Dia Bayangkan Kalau Saya Begitu’
Artikel Berkaitan: Azeva Terkedu Terima Hadiah Telefon Pintar Daripada Peminat – ‘Biar Betul, Harganya Mahal’
RM10 juta

Menerusi perkongsian di Threads, Azeva menjelaskan kenyataan ibunya mengenai hantaran bernilai RM10 juta hanyalah sekadar gurauan.
Menurut Azeva, dia tidak mengharapkan mana-mana individu untuk menawarkan sejumlah wang yang besar kepadanya kerana percaya mampu usahakan sendiri.
Ramainya trigged dengan RM10 Juta.
Tak tahu ke itu maksud tersirat mama saya?
Ingat kalau ada lelaki tawar saya RM10 juta, saya nak ke pada dia?
Baik saya cari RM10 juta sendiri.
Dalam pada itu, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida turut menyokong pendirian anak perempuannya itu dengan menegaskan bahawa wanita perlu bijak berdikari dan membina kekayaan hasil usaha sendiri.
Betul, itulah maksud saya yang sebenarnya.
Kalau RM10 juta pun tidak terima sebab perempuan kena cari duit sendiri.
Tak boleh harapkan duit orang.
Sumber: Threads @azeva.nt







