berita

Kalau Aku Kaya Bukan Untuk Hanez Suraya, Awi Rafael Doa Yang Terbaik Untuk Bekas Kekasih

April 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-39

Mencari rezeki di dalam bidang yang sama membuatkan ramai selebriti terpikat sesama sendiri seterusnya menjalinkan hubungan cinta hingga ke jinjang pelamin.

Tidak kurang juga, ada yang terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila hubungan mereka terputus di tengah jalan. Antara contoh terdekat ialah seperti bekas pasangan kekasih, Hanez Suraya dan Awi Rafael.

Dan atas sebab berada di dalam industri yang sama jugalah Awi dan Hanez tidak dapat lari dari dikaitkan walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

hanez-suraya-1

Seperti yang umum sedia maklum, Hanez kini sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Romie dan khabarnya bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Selain sedang berusaha menyelesaikan masalah melibatkan kekasihnya yang masih bergelar suami orang, Hanez juga dilihat mencuba untuk meraih semula kepercayaan peminat sejak dirinya terpalit kontroversi hebat.

Berbeza dengan Awi pula, penyanyi kelahiran Singapura ini ternyata bahagia dengan kehidupan sekarang dan kelihatannya seperti sudah melupakan kisah lama dengan Hanez.

Biarpun sudah tidak berkomunikasi dengan bekas kekasihnya itu sejak mereka berpisah, namun Awi tetap mendoakan yang terbaik kepada Hanez dalam menempuh segala dugaan.

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-40

Awi memang dah tak ada apa-apa dengan dia (Hanez). Awi tak nak komen pasal kisah terbaru dia sebab tak ada kena mengena dengan Awi. Tapi Awi doakan yang terbaik seperti biasa sebagai sesama Islam.

Dalam masa yang sama, Awi turut menjelaskan isu lagu Kalau Aku Kaya yang selama ini dikatakan sengaja dibuat kerana berkait rapat dengan kisahnya bersama Hanez sebelum ini.

Benda tu memang sangat kelakar. Disebabkan Awi seorang penulis, jadi orang salah faham dan menganggap semua lagu yang Awi tulis adalah untuk orang tertentu. Pertama sekali, lagu tu bukan Awi tulis. Awi cuma menyanyi dan lagu tu pun keluar dah lama kan, jadi jawapan dia, No. Bukan untuk Hanez.

Perkembangan lain, Awi turut dijemput untuk membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha bersama Kris Dayanti di Putrajaya pada 17 April 2014.

Untuk pengetahuan anda, Awi bakal mendendangkan lima buah lagu antaranya Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta, Kalau Aku Kaya termasuk sebuah lagu istimewa yang baru digubah bagi memperingati insiden MH370 berjudul Jangan Takut.

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat foto terbaru Awi yang ditemui sewaktu majlis Sidang Media mengumumkan mengenai persembahan Minggu Setiausaha petang semalam.

SKIP THIS AD ×