
Pemilik jenama tas tangan lokal popular, Christy Ng menjelaskan mengapa dia sanggup berbelanja lebih RM30,000 sebulan untuk mengisi ruangan pantri di pejabatnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng ‘Restock’ Pantri Cecah RM40K, Siap Sedia Barangan Mandi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Buat Surau Di ‘Office’ Demi Kesenangan Staf – ‘Tak Sampai Hati Tengok Mereka Berhimpit Untuk Solat’
Staff penat bekerja
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Christy berkata, sebagai seorang majikan, itu merupakan inisiatif yang boleh dilakukan untuk membuat pekerjanya gembira selepas seharian penat bekerja.
Sangat penting untuk saya adakan semua kemudahan di pejabat kerana staff meluangkan banyak masa di pejabat, sehari lapan jam, ada yang 12 jam.
Saya sebagai seorang majikan, sekurang-kurangnya perlu sediakan perkara asas. Kalau sempat, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam juga disediakan.
Tambah Christy, selain makanan, dia turut menyediakan kelengkapan asas seperti tuala wanita, syampu dan pelbagai lagi.
Saya berbelanja RM30,000 untuk pantri pejabat dan kadang-kadang lebih daripada jumlah itu, bergantung kepada situasi.
Sekarang pantri kami sudah ada ‘sanitary pad’, pencuci tangan, ‘hand conditioner’. Kalau nak mandi dekat pejabat pun boleh sebab ada toilet. Kalau boleh saya tak nak staff balik rumah, tinggal sahaja di pejabat.
Sumber: TikTok