Sejak belakangan ini, viral pelbagai kisah mengenai ibu yang sedang hamil dijangkiti wabak Covid-19. Bukan itu sahaja, ada juga di antara mereka yang telah dimasukkan ke ICU dan dilaporkan meninggal dunia dek kerana mengalami masalah pernafasan.
Berikutan daripada itu, Dr Say Shazril berkongsi mengenai pendapat seorang pakar sakit puan berhubung isu adakah wanita yang sudah berkahwin sesuai untuk menimang cahaya mata pada waktu sekarang?
Kalau boleh tangguh dulu
Di kala Covid tengah menggila ni. Semalam bini saya ada buat Instagram story menjawab persoalan wanita-wanita yang bertanya dia “apa pendapat doktor kalau plan nak mengandung sekarang?” dan bini reply yang dia tidak menggalakan wanita untuk mengandung pada waktu sekarang. Saya pun cakap dengan bini cuba u pandang bawah, apa dia yang menunggu masa nak keluar tu? (Bini due untuk bersalin 18 ogos ni).
Menurut Dr Say, dia berasa risau mengenai varian Covid-19 yang dikesan di negara ini. Lebih-lebih lagi isterinya sedang hamil anak kedua mereka. Bagi menjawab segala kerisauan para wanita di luar sana juga mengenai topik adakah sesuai untuk menimang cahaya mata pada waktu sekarang, Dr Say telah merujuk pakar sakit puan iaitu Dr Maiza.
Ujar Dr Maiza, kita tidak mampu meramal bila pandemik ini akan berakhir. Sebagai pakar sakit puan, urusan untuk mengandung ataupun tidak bergantung kepada pasangan suami isteri itu sendiri. Jika bertanya mengenai pendapat peribadinya, Dr Maiza bersetuju sekiranya pasangan suami isteri menangguh terlebih dahulu hasrat untuk menimang cahaya mata. Ini kerana, wanita yang hamil akan menerima pelbagai kesan yang serius ketika pandemik ini. Antaranya dari segi kesihatan dan mental. Bagi mereka yang masih ingin meneruskan hasrat tersebut, Dr Maiza menggalakan mereka untuk menerima dua dos vaksin telebih dahulu dan patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Keadaan agak kritikal
Cukup padat penjelasan kak Mai. Tambahnya lagi ,kepada pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil (TTC couples), latest guideline on 23.6.2021 mengatakan ygan kalian boleh start treatment plan/ TTC immediately following completion of 2nd dose. Tak perlu tunggu 3 bulan lepas vaksin 2nd dose. Cuma itulah cases sekarang 20k sehari dan terus terang cerita ia sangat menakutkan.
Di akhir posting, Dr Say turut memberitahu bahawa wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 berisiko berdepan komplikasi lebih serius. Namun, ianya merupakan pilihan di tangan masing-masing. Lebih penting, dua dos vaksin perlu dicukupkan terlebih dahulu.
Sumber: Dr Say