
Pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai ‘potong perut’ kini semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tok Ram Perjelas Sebab Alyah Tak Sertai GV – ‘Takut Ada Conflict Of Interest Nanti’
Artikel Berkaitan: ‘Tangisannya Memecah Kesunyian Rumah’ – Alyah Sebak Kongsi Kisah Anak
Alyah pernah menjalani pembedahan bariartrik
Bukan sekadar untuk tujuan kecantikan, pembedahan ini sebenarnya membantu menurunkan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Namun, apa yang membimbangkan apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan dengan memasarkan produk pelangsingan badan secara tidak jujur demi melariskan jualan.
Penyanyi Datin Alyah yang pernah menjalani pembedahan bariatrik tiga tahun lalu turut menitipkan pesan agar sentiasa berlaku jujur dalam setiap apa yang dilakukan.
Kalau buat bariatrik, jangan tipu. Cakap saja buat. Ada yang kurus sebab jalani pembedahan bariatrik, tetapi dakwa dirinya diet dan amalkan suplemen. Tak baik menipu macam itu.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini sebelum ini menjalani pembedahan bariatrik bagi merawat masalah gastrik kronik yang dihadapinya sejak lama, selepas berat badannya naik mendadak sebanyak 18 kilogram.
Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masalah gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolestrol pada masa akan datang.
Kalau nak buat bariatrik, kena minta nasihat dua atau tiga doktor. Kadang-kadang mereka mempunyai pendapat berlainan, kemudian baru kita fikir apa yang terbaik.
Susah nak cakap. Kadang-kadang semua ini nasib. Ada yang buat bariatrik dan patuh arahan doktor, alhamdulillah tiada komplikasi berlaku.
Dalam masa yang sama, terdapat juga yang sangat berdisiplin ikut arahan doktor, tapi tetap mengalami komplikasi. Ia bergantung kepada nasib juga sebenarnya.
Bariartrik perlu dilakukan atas alasan yang munasabah
Sementara itu, menurut doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, beliau sering dikunjungi pelanggan yang mahu mendapatkan nasihat tentang pembedahan bariatrik.
Saya menerima ramai pelanggan klinik yang bertanyakan tentang bariatrik. Sebagai doktor, saya sampaikan maklumat yang betul dan mengakui kaedah ini amat bagus dalam penjagaan kesihatan.
Cuma nasihat saya, apabila ada yang nak kurus sebab nak jual produk pelangsingan, saya tidak setuju dengan tindakannya.
Nak buat bariatrik untuk kesihatan, itu dah bagus. Tapi apabila ada niat mahu jual produk turunkan berat badan selepas dirinya kurus, itu tidak patut.
Bagi saya, jangan tipu orang lain mengatakan dirinya kurus sebab ambil mana-mana suplemen, sedangkan dia buat bariatrik.
Dalam pada itu, Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain juga menegaskan, bariatrik perlu dilakukan atas alasan yang munasabah.
Selalunya orang yang layak untuk jalani beriatrik adalah mereka yang mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) 40 ke atas.
Ada juga yang mempunyai BMI 35 hingga 40 tetapi menghidap kencing manis, darah tinggi yang teruk, obesiti dan Obstructive Sleep Apnea (OSA), mereka boleh jalani bariatrik.
Selain itu, bagi mereka yang mempunyai BMI 35 ke bawah, namun tak boleh kawal nafsu makan sedangkan nak kurus, mereka juga layak untuk buat bariatrik.
Tak kisahlah apa kategori sekalipun, mereka perlukan nasihat dan kebenaran dari pasukan bedah bariatrik.
Golongan yang tak layak untuk bariatrik adalah mereka yang gemuk tetapi mempunyai masalah mental, ketagihan minuman alkohol, ada penyakit kritikal atau terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Bukan itu sahaja, mereka yang berminat untuk buat bariatrik tetapi sedar diri tak boleh ikut saranan doktor, baik lupakan sahaja hasrat itu.