Kemelut rumah tangga personaliti media sosial dan ushawan, Hajar Hanif dan suaminya, Mikhail Issaq nampaknya masih belum selesai sehingga ke hari ini.
Terbaru, Mikhail dilihat memuat naik sebuah posting di Instagram dan mengatakan bahawa hampir dua bulan dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Hajar Hanif Gelar Mikhail Lelaki ‘Narcisist’, Dakwa ‘Pusing Cerita’ Suruh Buat Test DNA Anak – ‘Tolong Bagitahu Dia Hukum Taklik’
Artikel Berkaitan: Pintu Pagar Berkunci, Hajar Hanif Tak Dapat Ambil Barang Peribadi – ‘Dekat Pagar Pun Dicabutnya Nama Aku?’
Akan terbuka segalanya
Sayang daddy, dah hampir 2 bulan daddy tak berjumpa dengan kamu berdua. Daddy, maktok, atok semua rindu sangat pada kamu. Moga Allah lindungi kamu anakku. Mungkin ini ujian Allah pada daddy. Mungkin sampai satu masa akan terbuka juga segalanya.
Dia memang nak daddy jadi gila sebab dulu dia pernah kata kalau daddy ceraikan dia, daddy akan gila. tapi Alhamdulillah, daddy ada maktok dengan atok kamu yang sayang dan sabar sangat dengan daddy dari dulu. Silap daddy lebihkan mak & keluarga mak kamu melebihi keluarga daddy. Silap daddy kahwin awal, silap daddy tak dengar kata atok dan maktok kamu, silap daddy masih muda. konon time tu nak cepat ada rumah, kereta besar, ada isteri dan anak cepat.
Menerusi posting tersebut, Mikhail berkata dia mahu anak-anaknya iaitu Darris dan Darwish tahu bahawa dia sentiasa sayang dan cintakan mereka sampai bila-bila. Ujar Mikhail lagi, selama dia bekerjasama dengan ramai artis dan influencer, dia belum pernah lagi mengambil kesempatan untuk melakukan apa-apa melainkan urusan kerja.
Tapi bila ada semuanya baru daddy tahu bukan mudah. Lepas ni mak kamu mungkin nak tukarkan nama Mikhail Darris bin Mikhail Isaaq kepada Mikhail Darris bin Abdullah. Tak apa nak, kamu tak salah. yang salah daddy dengan mak kamu. Bila hilang arah terus semua dirasakan betul.
Kalau daddy nak bagitahu apa yang berlaku sebenarnya, hampir semuanya yang ada akan musnah, percayalah. Apa yang penting daddy rasa syukur dapat keluar dari semuanya. Kalau dia ganggu keluarga daddy, mungkin time tu akan terbongkar segalanya. Hm tak apa nak, kuat semangat. Harap daddy kuat biar tak musnahkan mak dan keluarga kamu macam yang mak kamu buat. Daddy sentiasa ada dengan kamu tau sayang Darris dan Darwish.
Sumber: Mikhail Isaaq