berita

Jarak Usia Bukan Halangan, Gadis 20 Tahun Sedia Kahwini Lelaki 77 Tahun Walaupun Tak Pernah Jumpa

December 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang pelajar berusia 20 tahun berasal dari Myanmar dipercayai sedang ‘hangat’ bercinta dengan seorang pesara berusia 77 tahun. Lebih mengejutkan lagi apabila mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga walaupun tidak pernah berjumpa secara bersemuka.

Bercinta dengan lelaki berusia 77 tahun

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Jo dikatakan telah bersama dengan lelaki tersebut, David selama 18 bulan dan mereka bukan sahaja pasangan kekasih tetapi lebih kepada kawan baik serta pasangan yang serasi.

Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui penggilan video. Dalam pada itu, David merupakan seorang produser muzik yang tinggal di England manakala Jo pulak merupakan seorang pelajar yang tinggal di Myanmar.

Jo dikatakan sedang menunggu untuk mendapatkan visa dan passport tidak lama lagi dan mereka sudah tidak sabar untuk berjumpa antara satu sama lain.

Saya bukanlah macam lelaki yang lain dan saya selalu ikut kata hati saya. Jika wujud rasa cinta dan kasih sayang antara dua orang jadi kenapa kita perlu persoalkan.

Jarak usia 57 tahun

Meskipun jarak usia 57 tahun, namun ia bukan penghalang untuk bercinta dan mereka dikatakan telah berjumpa di sebuah laman web temu janji OkCupid pada 18 bulan yang lalu. Pada ketika itu, dia hanya mencari gadis-gadis yang berada di sekitar Britain sahaja.

Pada mulanya saya menyertai laman web tersebut untuk cari seseorang yang boleh membantu saya untuk membiayai yuran pengajian saya.

Saya perlukan wang sebab saya merupakan seorang pelajar miskin dan tidak tinggal bersama keluarga saya. Sejujurnya saya sendiri yang tipu profil saya dengan mengatakan yang saya tinggal di London.

Namun setelah mereka sering berhubung dan berbincang, Jo mengatakan bahawa hubungan mereka menjadi makin serius dan mengambil keputusan untuk bertunang.

Sebelum ini, David dikatakan pernah berkahwin pada 1980 lalu dan telah bersendirinya selama lebih satu dekad. Lelaki berkenaan juga hanya berhubung dengan dua wanita sahaja daripada sejak menyertai aplikasi temu janji berkenaan.

Sumber : The Sun

SKIP THIS AD ×