Pelakon Janna Nick berang dengan tindakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang berkahwin buat kali kedua dengan Ira Kazar tanpa pengetahuan aktres Puteri Sarah Lilana.
Ketidakpuasan hati itu disuarakan menerusi Instagram Stories miliknya, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur
Jangan jadi munafik
Menurut Janna, Syamsul telah menganiaya rakan baiknya itu serta kedua anak mereka yang masih kecil.
Aktres berumur 27 tahun itu turut menyelar sikap Syamsul yang disifatkan munafik selain masih memanipulasi kesilapan telah dilakukan.
Lepas tangan!
Janna tau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata dia menjadi saksi melihat pengorbanan dan kegigihan Puteri Sarah bangkit dari kesakitan dan menjaga anak-anaknya sendiri tanpa Syamsul.
Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital. Bapa dia mana? Lepas tangan. Bini itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak.
Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segalanya?
Kalau nak aibkan dari tahun 2021
Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memberi peringatan tegas kepada kaum Adam untuk tidak menyakiti kaum wanita dan menutupi dengan cara menggunakan agama.
Pada Jumaat petang, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram Janna Nick