
Datuk Seri Mukhriz Mahathir percaya bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, memerlukan sedikit masa untuk menerima hakikat bahawa isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sudah kembali ke rahmatullah.
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tinggal Baca Yasin Sebelum Maghrib, Mukhriz Kongsi Amalan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah
Kedaaan Tun M

Mukhriz berkata, buat masa ini, lebih baik bapanya ditempatkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian doktor berbanding berada di rumah yang mungkin membuatkannya terus teringat akan arwah.
Keadaan Tun Mahathir seperti mana yang kita boleh agak, beliau belum sampai seminggu pemergian isteri kesayangannya.
Selama 70 tahun bersama, tentulah makan masa sedikit untuk beliau dapat menerima bahawa bonda kami sudah tidak bersamanya.
Saya kira, kalau duduk di rumah pun agaknya setiap benda yang dia pandang akan mengingatkan dia lagi kepada arwah bonda.
Jadi lebih baik kalau buat masa ini beliau berada di IJN dahulu sampai betul-betul dah pulih. Pagi Khamis pun dia ada pergi ziarah kubur, itu satu perkembangan yang bagus.
Mukhriz berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bacaan Tahlil dan Yasin Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada Khamis.
Pada Isnin lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah yang dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi di IJN, Kuala Lumpur.
Sumber: Media Hiburan



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)