
Pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril terpanggil untuk memberi teguran kepada segelintir pihak yang suka menjadikan aib pasangan sebagai bahan gurauan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Cerita Macam Mana Dapat Penyakit, Jaga Aib Suami Isteri’ – Ustaz Bola
Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’
Jagalah aib pasangan
Menerusi hantaran di TikTok, Dr. Say menitipkan nasihat kepada pasangan di luar sana untuk menjaga aib pasangan dan tidak menjadikan perkara itu sebagai konten di media sosial.
Saya nak sentuh sikit mengenai adab meskipun saya bukanlah pakar dalam bab ini.
Apa saja perkara mengaibkan yang mungkin kita atau pasangan kita ada, lebih baik kita ‘keep it ourselves’ sebab ia boleh membuka fitnah lagi-lagi di media sosial ini.
‘Cold sores’ atau kudis kering bukan kerana telur lelaki masam dan bukan juga tanda seseorang itu tidak bermoral.
Dalam pada itu, Dr. Say berpendapat agar setiap pempengaruh media sosial seharusnya menjadikan adab dan ilmu sebagai prinsip utama dalam diri sebelum memilih untuk berkongsi apa-apa kandungan di media sosial.
Tambahnya lagi, dia sendiri akan berasa amat malu jika pasangannya memuat naik video berseloroh yang menyentuh hal-hal mengaibkan dirinya kepada umum.
Mungkin perkara ini lawak bagi sesetengah orang tapi cuba kita terbalikkan keadaan di mana lelaki yang kena dan dia canang pula satu dunia, ‘Oh Ini sebab isteri saya punyalah ini’.
Adakah kalian akan tertawa atau menghukum lelaki itu?
Kalau isteri saya berseloroh buat video cakap telur saya masam, saya serius malu dan jatuh air muka.
Dalam dunia digital, adab dan ilmu perlu seiring. Jangan sebarkan penyakit dengan mulut dan jangan sebarkan aib dengan jari.
Kongsi ilmu tentang virus Herpes

Menerusi perkongsian yang sama, Dr. Say turut berkongsi ilmu mengenai virus Herpes kepada pengikutnya.
‘Cold Sores’ atau kudis kering ialah satu penyakit yang disebabkan oleh virus Herpes.
Ada dua jenis virus iaitu Herpes Simplex Type-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Type-2 (HSV-2).
HSV-1 biasanya berlaku di mulut dan HSV-2 di kawasan kemaluan tetapi keduanya boleh bertukar tempat.
Macam mana ianya berjangkit? Melalui ciuman, seks oral atau berkongsi barang peribadi seperti tuala, pencukur sebab itu adalah barang peribadi jadi ‘keep it’ peribadi.
Jadi, tak semestinya ia berlaku disebabkan oleh telur lelaki ‘masham’. Dan jika dijangkiti, ia akan ada bersama anda selamanya tetapi jangan risau kerana ia boleh dikawal.
Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe menyorot perhatian apabila berseloroh mengaitkan punca jangkitan Herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suami, Hilmi Zaki.
Kenyataan Kieda itu kemudiannya menuai pelbagai komen negatif daripada netizen.
Tidak terhenti di situ, Hilmi kemudiannya tampil mempertahankan isterinya dengan memaklumkan bahawa perkara itu adalah gurauan sesama suami isteri dan konten semata-mata.
Sumber: TikTok Dr. Say






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

