berita

‘Kalau Kamu Bukan Pakar, Jangan…’ – Isu Deko Rumah, Pereka Dalaman Tegur Hanis Zalikha

November 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral apabila Hanis Zalikha memuat naik foto sebuah rumah yang cantik berserta kapsyen seolah-olah dia kini menjadi pereka dalaman rumah. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen termasuk rakan artis yang kagum dengan kreativiti Hanis yang sememangnya berbakat.

Walau bagaimanapun, tindakan beliau meletakkan mural pada siling di bilik mandi ditegur seorang pereka dalaman rumah. Menurutnya tindakan tersebut boleh membahayakan kesihatan memandangkan ianya tempat lembap yang boleh mengalakkan pembiakan bateria.

Hias bilik air

First two photos are photos from my current ID freelance project and i’ve known this site since i involved in designing its show unit back in 2012 kalau tak silap. So yes, rumah ni dah lama terbiar and tak terjual. Even worst, they didn’t make good on the existing finishes, just repaint exterior je. Story cut short, this celebrity shows off her “latest project” which is her new home at the same location with my site.

What triggered my attention was the wallpaper she used on the toilet’s plaster ceiling. Sure, you have the money and you can decor your house as you pleased but please, if you not an expert jangan show bad example to your followers/fans and paling sadis they have no idea that thing can’t work on wet humid enclosed area, lepas tu they will influence people to follow ikut decor yang sama.

Menurut pakar dalaman rumah ini, rumah yang dibeli oleh Haniz Zalikha merupakan projek yang pernah terllibat dengannya pada tahun 2012. Namun rumah tersebut dipasarkan kembali selepas tidak mendapat sambutan dan terbiar lama. Tambahnya lagi, walaupun dijual dengan harga mahal, pihak pemaju hanya menggunakan cat baru di luar namun didalamnya masih teruk.

Lebih terkilan apabila selebriti tersebut dikatakan membuat dekorasi di bilik air tanpa mencapai piawaian sebenar seperti yang telah ditetapkan. Perkara ini boleh memberi contoh tidak baik buat pengikutnya di laman Instagram.

Teguran dipadam

I commented on her post. My intention was to educate and show clearer picture about Interior Design to her and her followers, but it got deleted. Periuk nasi ID tak terjejas pun, rezeki masing-masing kan dah tertulis sejak azali lagi. Just please, ID spent years and cried tears nak habiskan study lepas tu hadap client and kumpul experience bertahun-tahun, Still rasa segan nak mengaku diri sendiri bagus in ID. Kena attend exam and interviews to get that ‘IDr’ title.

If she has passion in beautiful things or in ID sekali pun please attend intensive course so lepas ni you ada ilmu even nak design rumah sendiri. bukan cedok gambar Pinterest, panggil contractor suruh buat sebijik. tadaa cantik tak? *suara Eric Leong*. Ohhhh satu lagi, mullion kat glass window tu dia tukar kaler putih which is tak boleh tukar existing facade or exterior finishes (termaktub dalam strata law for this development area), nak settle permit and approval dengan management of this place pun dah makan berbulan, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. tapi dia boleh tukar tak sure how.

Dalam pada itu, pakar dalaman rumah ini turut terkilan apabila pasangan Hanis dan Hairul menggelar diri mereka sebagai ‘Interior Designer’ namun perkara tersebut dinafikan mereka.

Akhir sekali, pereka dalaman ini menasihatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat dan perunding yang betul sebelum memulakan dekorasi rumah. Bimbang jika boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan keselamatan penghuni rumah

Sumber : Eqienura Mokhtar

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×