berita

‘Kalau Kau Tahu Sakit Ya Allah…’ – Gadis Sebak Luah Perasaan Jadi Ketua Keluarga Di Usia Muda

July 18th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Menjadi seorang ketua keluarga bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi sekiranya dipikul oleh seorang gadis yang baru sahaja melangkah masuk ke alam kedewasaan.

Begitulah kisah seorang gadis yang terpaksa menjadi ketua keluarga di usia muda bagi menyara kedua ibu bapa yang tidak sihat, dan adik beradik yang masih bersekolah.

Meniaga bunga tepi jalan

Menerusi satu video yang dimuat naik seorang gadis yang dikenali sebagai Neesha, dia meluahkan rasa lelah menanggung beban menyara keluarganya sejak berusia 18 tahun.

Neesha yang kini berusia 21 tahun berkata, dia mula memikul tanggungjawab berkenaan selepas ibunya disahkan menghidap kanser tahap 4, tiga tahun lepas.

Bukan itu sahaja, bapanya pula terkena jangkitan Covid-19 kategori 5 sehingga perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan kini paru-paru dan hati bapanya telah rosak.

Sakit ya Allah di usia aku 18 tahun mak sakit kanser stage 4, ayah kena covid kategori 5, paru dengan hati rosak… ICU sebulan.

Dalam pada itu, Neesha turut meluahkan rasa segan berniaga bunga di tepi jalan, selain cemburu dengan teman-teman lain yang berpeluang untuk melaram, walhal dia perlu mengutamakan keperluan adik.

Malu niaga tepi jalan. Semua kawan pakai cantik-cantik, sambung study. Orang dapat gaji boleh beli apa, kita ingat adik-adik nak sekolah. Kadang balik basah lencun beli makanan dekat adik-adik.

‘Semoga adik-adik balas jasa kakak’

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 80 ribu tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan Neesha, dan mendoakan agar dia kekal tabah, selain berharap agar adik beradik yang dijaganya sedar akan pengorbanan yang dilakukan seorang kakak.

Sumber: TikTok Neesha

SKIP THIS AD ×