berita

‘Kalau Kita Cinta, Kita Mesti Belajar Untuk Jadi Yang Terbaik Untuk Pasangan’ – Mawar Rashid

January 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pasangan selebriti terkenal tanah air, Mawar Rashid dan pasangannya Raf Yaakob sering kali memuat naik foto dan video bersama keluarga. Sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu, Mawar yang kini giat berlakon dilihat masih mencari masa terluang untuk bersama dengan keluarganya.

Terbaru, menerusi Instagram Mawar Rashid, dia meluahkan rasa bahagia bersama suaminya. Dia turut menerangkan maksud sayang dan cinta disebalik pernikahan. Dia dan suami sering mengamalkan sikap memberi peluang untuk pasangan memperbaiki diri agar menjadi pasangan yang lebih baik.

Beri peluang kepada pasangan

Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia dan akhirat. Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau setakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan?

Selalu juga dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’. Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari orang yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage.

Bagi Mawar, setiap pasangan perlu belajar untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika seseorang itu mempunyai masalah yang sukar untuk dikawal antara suami isteri, pergilah mencari seseorang yang lebih arif untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kena selalu rendah diri pada ilmu


Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir-lahir bukannya dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar.

Cinta bergantung kepada dua insan. Sama-sama lindungi fizikal dan mental. Sama-sama adil. Sama-sama menasihati. Sama-sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kena selalu rendah diri kepada ilmu. Ilmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters.

Thank you Abang kerana sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerana sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah. Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn.

Selain itu, baginya cinta itu perlu mengajar pasangan menjadi lebih baik. Pelbagai ilmu rumah tangga harus dipelajari. Pasangan yang sejati perlu melindungi fizikal dan mental pasangan masing-masing. Belajar untuk berlaku adil dan sentiasa merendah diri.

Sumber: Mawar Rashid

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×