berita

‘Kalau Kita Malu-Malu Nak Layan Suami, Ada Perempuan Lain Yang Tak Malu…’

December 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kehidupan berumah tangga sudah pastinya akan diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Cabaran ini perlu ditempuh dengan sabar oleh setiap pasangan. Seperti perkongsian jurujual yang dikenali sebagai Dalia di Twitter, salah seorang pelanggannya dikatakan telah bercerai sebelum sempat perbaiki kekurangan diri.

Sedekah jelah kepada orang lain

Bulan lepas ada customer beli lingeries (pakaian dalam). Dah siap packing, dia cakap nak hold dulu pulak. Iya kan je lah. Lepas sebulan dia whatsapp semula…

Menerusi tweet tersebut, wanita itu berkongsi satu kisah sebak, apabila pelanggannya telah diceraikan. Sebelum ini, pelanggannya ada membuat satu pesanan untuk membeli pakaian dalam. Namun, pelanggannya menyuruh dia menyimpan terlebih dahulu barang tersebut.

Tetapi selepas sebulan berlalu, pelanggan itu secara tiba-tiba Whatsapp dan menyuruhnya memberikan barang tersebut secara percuma kepada orang lain. Pelanggan itu sempat menceritakan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya disebabkan keadaan fizikalnya yang dikatakan kurang ‘menarik’.

Saya selekeh dan tak pandai layan suami.

Pesanan sis

Tidak berakhir di situ, pelanggannya turut memberikan ‘mesej’ yang agak mendalam sebagai nasihat kepada wanita-wanita di luar sana. Menerusi mesej tersebut, dia menasihatkan supaya si isteri tidak ‘kekok’ untuk melayan suami sendiri.

Kalau kita malu-malu nak layan suami, ada perempuan lain yang tak tahu malu nak layan suami kita.

Menerusi mesej tersebut juga, pelangannya juga seolah-olah memberikan hint bahawa bekas suaminya telah curang dengan wanita lain.

Kalau nak curang tetap curang

Rata-rata warganet memberikan pelbagai respon terhadap tweet tersebut dan menyalahkan lelaki itu yang seolah-olah tidak menghargai isterinya sendiri. Perkongsian tersebut telah meraih 3.1k retweet dan 5.1k likes daripada warganet.

Sumber: SDalia

SKIP THIS AD ×