berita

Kalau Korang Suka ‘The Conjuring’, Korang Akan Lagi Suka ‘Lights Out’ Sebab…

July 15th, 2016 | by Epul
Filem Antarabangsa

Light out giphy

Huish..seram jangan cakap la kan, nama pun cerita hantu. So kalau korang pernah tengok filem hantu The Conjuring mesti korang tak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan filem seram ni.

Konsep agak berlainan yang diketengahkan kali ni pasti buatkan korang takut untuk berada di tempat gelap. Nak tau sebab apa? Uish memang seram cerita ni.

Lepas ni tidur mesti tak tutup lampu

tidur buka lampu giphy

Percayalah cakap kami kalau korang tengok filem ni mesti lepas ni korang akan lebih berhati-hati bila berada dalam keadaan gelap. Kalau dalam gelap ni macam-macam boleh berlaku.

Lepas ni, akan naik la bil elektrik sebab semua tidur tak tutup lampu kan.. Ha..Ha..Ha..

Pengarah dan penerbit filem seram terhebat abad ini

james wan giphy

James Wan ni memang terkenal dengan penglibatannya dalam filem seram dan filem aksi yang sangat mendebarkan. Filem-filem seperti The Conjuring 1 & 2 , Siri Insidious, Annabelle, Furious 7, siri filem SAW serta Lights Out ini merupakan filem yang mendapat sentuhan daripada beliau.

Anak kelahiran Malaysia ni sememangnya mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mengarah dan menerbitkan filem sehingga mengangkat beliau sebagai pengarah dan penerbit yang diiktiraf di mata dunia. So pengarah-pengarah muda di luar sana, boleh tanya tips dekat dia bila dia balik Malaysia nanti.

Pernah menang award sebelum ni tau

SFLight Out giphy

Untuk pengetahuan korang, filem ni pernah menang award untuk filem pendek paling seram dan selepas itu barulah James Wan dan beberapa pengarah lain turut memberikan sentuhan untuk membuatkan jalan ceritanya lebih mencabar, mengejutkan dan mendebarkan.

Kalau nak tonton filem pendek Lights Out ni boleh klik sini , tapi jaga-jaga takut sakit jantung pulak. Eh! gurau je.

Lebih aksi seram dan mengejutkan…arghh!!!

action LO giphy

Kalau korang takut masa tengok The Conjuring yang sebelum ni mungkin korang akan lagi takut kalau tonton filem Lights Out sebab lebih banyak aksi lebih mendebarkan berbanding The Conjuring sebelum ini.

Nah giphy

So nasihat kami kalau yang betul- betul takut tu, jangan nak acah-acah berani lepas tu korang yang merana dalam pawagam tu nanti. Ha ni baru sikit je aksi yang kami tunjuk, selebihnya korang boleh tengok sendiri filem Lights Out yang akan berada di pawagam berhampiran korang.

Saksikan Filem Lights Out dan jangan tengok sendiri tau

Okay sebelum nak tengok filem penuh apa kata korang cek nadi korang bila tengok trailer ni. Kalau rasa berdebar sangat tu maka anda dinasihatkan untuk tidak menonton tanpa member ataupun ahli keluarga.

Buat ibu-ibu mengandung atau pesakit jantung sila dapatkan nasihat doktor sebelum menonton filem ini. Cewah dan macam doktor pula kami ni kan. So korang tengok sendiri la trailer Lights Out ni…..

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×