berita

‘Kalau Nak Bersanding 1000 Kali Pun Kau Pehal?’ – Berang Dianggap Ketagih Nak Sanding Lagi, Ini Respon Che Ta

September 4th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti popular tanah air Rozita Che Wan yang sentiasa kelihatan cantik dan bergaya setiap masa. Mempunyai lebih 4 juta pengikut di Instagram, penampilannya sudah pasti mencuri perhatian netizen.

Namun, baru-baru ini beliau dikecam oleh warganet selepas memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai pakaian pengantin di laman Instagrammnya itu.

Onz dak kalau jadi pengantin?

Mengenakan baju pengantin berwarna hijau, Che Ta sekadar meletakkan kapsyen yang bersesuaian dengan gambar itu.

Onz lagi dak kalau usia-usia begini jadi pengantin?

Bagaimanapun, segelintir netizen dilihat kurang berpuas hati dengan posting itu lalu memberikan komen negatif terhadap Che Ta.

Anak dah dua, ketagih nak sanding

Salah seorang netizen dilihat memberikan komen pedas terhadap gambar yang dimuat naik Che Ta itu.

Nampak sangat tua sudah… anak bujang dua orang tak kahwin-kahwin. Si ibu pula yang ketagih nak bersanding.

Mungkin ‘bengang’ dengan bahasa individu itu, Che Ta kemudian membalas komen tersebut secara terbuka.

Aku kalau nak bersanding 1000 kali pun kau pehal?? Minta duit mak bapak kau? Ke sebab takde jantan nak kau? Sedih la hidup kau ni!!!

Netizen sokong Che Ta

Bagaimanapun, rata-rata pengikut Che Ta turut menyokong komen balas yang dibuat pelakon itu.

Malah, mereka masih beranggapan Che Ta sentiasa kelihatan cantik dan menjadi inspirasi buat wanita.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan