Kemelut perbalahan pendapat antara YB Syed Saddiq dan Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim masih belum berakhir. Terbaru menerusi Facebook Syed Saddiq memberi persoalan kepada TMJ tentang mengapa Perdana Menteri Malaysia sekarang yang diberi mandat oleh rakyat perlu ‘ditukar’ sedangkan sewaktu zaman Datuk Seri Najib tidak pula diminta untuk ditukar.
Kenapa sebelum ini tak mintak tukar?
Beliau turut mempersoalkan mengapa sewaktu Malaysia digelar sebagai Kleptokrasi tiada pula gesaan untuk menukar Perdana Menteri. Namun apabila mandat sudah bertukar tangan, TMJ menggesa untuk ditukar.
Di akhir kenyataan beliau turut menyatakan betapa besarnya tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang ikhlas untuk memulihkan negara tercinta sedangkan TMJ yang memegang jawatan presiden FAM hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.
Terlalu angkuh dan biadap
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.
Sumber: Syed Saddiq