Pelakon veteran, Harun Hashim meluahkan rasa risau menjalani kehidupan bersendirian selepas pemergian isteri tercinta tahun lalu.

Artikel Berkiatan: Pelakon Veteran, Charlie Nu’man Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun

Kembali berumah tangga

Ketika ditemui OhBulan!, Harun Hashim, 70, mengakui hidupnya terasa sunyi sejak pemergian isteri tercinta yang meninggal dunia akibat kanser payu dara tahap empat.

Tambahnya, dia pernah diajak untuk tinggal bersama anak-anak, namun memilih untuk terus hidup berseorangan bagi memudahkan pergerakannya di rumah.

Saya akui hidup memang sunyi sebab dulu ada arwah isteri tetapi sekarang saya tinggal sendirian.

Anak ada ajak saya tinggal bersama mereka.

Cuma saya yang lebih suka hidup sendirian sebab tidak ada gangguan.

Harun berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kehidupannya, Harun mengakui terdetik hasrat untuk kembali berumah tangga agar apabila dijemput Ilahi kelak, pemergiannya dapat diuruskan dengan sempurna.

Kalau saya nak berkahwin lagi pun, selain nak ada teman, bila saya mati nanti, dia (isteri) dapat beritahu pada orang.

Ada terfikir juga, macam mana bila jasad sudah tiga empat hari dalam rumah dan tiada orang nak beritahu?

Dalam pada itu, Harun Hashim turut berkongsi bahawa anak-anak sentiasa memberi izin untuk dirinya kembali berumah tangga.

Untuk rekod, isteri Harun iaitu Allahyarham Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun pada 20 November 2024 akibat kanser payu dara tahap empat.