Penyanyi Mark Adam menasihati golongan kanak-kanak supaya sentiasa berhati-hati ketika keluar dari rumah agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Kongsi Keberadaan Anda Dengan Keluarga, Tak Kisah Ada Latar Belakang Fight Macam Mana Sekali Pun’ – Sweet Qismina
Banyak jenayah di luar sana
Menurut Mark Adam, nasihat tersebut diberikan kepada semua orang juga memandangkan pelbagai jenayah sedang berlaku di luar sana.
Wahai adik di luar sana, musim sekarang agak bahaya banyak jenayah yang berlaku di luar sana. Adik jangan keluar berseorangan. Jangan keluar di tempat yang adik tak biasa. Jangan percaya dengan orang yang adik tak kenal.
Kalau nak keluar bagitahu dan bagi ayah atau abang teman adik. Jangan berjalan seorang dan yang paling baik jangan keluar malam.
Sumber: Mark Adam