berita

‘Kalau Nak Lajak 14 Jam Masih Boleh Terima, Tapi Bukan Hari-Hari S*B*T’ – Sharnaaz Ahmad Berang Produksi ‘Lenjan’ Kerja 20 Jam

December 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa bengang apabila segelintir pihak produksi masih mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu hingga pelakon dan kru ‘lunyai’ akibat bekerja lebih masa.

20 jam sehari

Menerusi posting di Instagram Stories, Sharnaaz meluahkan kemarahannya terhadap sebuah produksi yang didakwa menjalani penggambaran memakan masa hingga 20 jam sehari.

Produksi bodoh mana yang masih lagi melakukan kerja penggambaran hingga 20 jam sehari? Macam mana mereka semua ini layak dapat lesen untuk buka syarikat produksi. FINAS sila pantau. Apapun, bukan di set aku. Kalau set aku, memang kena tendang penerbit dan pengarah.

Sharnaaz turut meminta persatuan penggiat seni yang berkaitan dapat memantau isu berkenaan, sekali gus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan budaya lapuk ini tidak berulang.

Budaya ‘lenjan’ artis dan kru ini masih perlukah pada zaman 2022 ni? Produser tamak nak jimat kos, laksanakan penggambaran lebih masa, artis dan kru tak mampu nak buat yang terbaik sebab penat dan penerbit tarik muka. Kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), mana kerja 12 jam kami (artis dan kru) Minta pantau produksi yang jahanamkan industri. Kalau nak terlajak sampai 14 jam, kami masih boleh terima, tetapi bukan hari-hari.

Bukan hari-hari

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×