berita

‘Kalau Nak Melawak, Kena Bahan Orang’ – Instagram Nabil Ahmad Diserang Netizen

November 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Nama pengacara popular tanah air iaitu Nabil Ahmad, menjadi bualan hangat selepas dia didakwa menyindir Diva AA ketika bersiaran secara langsung di sebuah stesen televisyen tempatan.

Artikel berkaitan: ‘No Wonder Hos Sangkak, SRP Pun Tak Lepas’ – Respon Azwan Ali Isu Dakwaan ‘Dibahan’ Pengacara Popular

Terbaru, akaun Instagram Nabil telah diserang oleh netizen sebaik sahaja dia memuat naik satu posting memaklumkan Diva AA akan muncul dalam sebuah program yang dihoskannya malam ini.

Good TV and only for TV!

Sokongan dan kecaman anda yang membuat GV terus menjadi Show NO 1 Malaysia !! GOOD TV and only for TV !! Korang kene layan @meletop pulak besok sebab dengar kat @divaazwanaliofficial nak datang!

Menurut Nabil, sokongan dan kecaman daripada netizen telah membuatkan program Gegar Vaganza yang dikendalikan olehnya bersama Jihan Muse, berjaya sehingga kini. Tambahnya, Diva AA  dipercayai bakal muncul di set Meletop malam ini. Pada masa yang sama, Nabil turut memuat naik tweet mengenai pujian yang diberikan oleh peminat kepada dirinya dan Jihan ketika menjadi hos Gegar Vaganza dari dahulu hingga sekarang.

Tahu dengan siapa kita boleh bahan

Rata-rata netizen meluahkan perasaan masing-masing dan berharap Nabil mengetahui batas dengan siapa yang perlu dia bergurau. Pada masa yang sama, netizen berharap semua pengacara bersikap profesional dan pandai membawa diri ketika mengendalikan sesebuah program di kaca televisyen.

Sumber: Nabil Zira

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×