Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan hip hop tempatan Fabulous Cat. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama, Zizi mengambil keputusan bergerak solo.
Perwatakan lincah penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini sering mendapat perhatian netizen. Semalam hangat di media sosial apabila dia tampil agak seksi di media sosial. Ramai yang mengkritik penampilannya itu dan menganggap ianya tidak sesuai sebagai imej seorang wanita Islam. Apa pendapat korang?
Bolehkah saya menjadi secretary hidup awak?
Zizi Kirana menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar menunjukkan bahagian dadanya yang terdedah. Seperti biasa, gambar sebegitu pasti mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengecam perbuatan Zizi.
Di ruangan komen, ramai beranggapan Zizi tidak sepatutnya berpakaian sedemian memandangkan dirinya dikenali ramai. Tidak kurang juga yang mendakwa Zizi mencuba mencari publisiti murahan.
‘Kenapa semakin lama semakin melampau?’
‘Dah hilang rasa malu ke?’
Lagi foto mengancam Zizi
Sumber : Instagram zizi_kirana