Hujung tahun dah dekat, mood cuti pun makin terasa! Kalau korang tengah fikir nak celebrate dekat mana, Sunway kembali dengan line-up acara hujung tahun yang confirm buat korang onz untuk sertai.

Dari countdown party, live music, food market, shopping sampai lewat malam, sehinggalah pilihan makan malam eksklusif untuk keluarga, semuanya ada. Tahun ni memang penuh vibes celebration!

Jom tengok apa yang menanti korang sepanjang bulan Disember di Sunway:

Pertunjukan bunga api dan countdown yang meriah

Setiap tahun, Sunway jadi tumpuan untuk sambutan countdown kerana suasananya memang hidup dari awal petang sampai tengah malam.

Persembahan muzik, DJ, artis tempatan dan vibe festival membuatkan korang tak terasa masa berlalu sebelum detik 12 malam.

Sunway Velocity antara lokasi yang paling dinanti tahun ini dengan siri persembahan daripada KIIRAS, Annabella, DJ Blink, MASDO dan Layla Sania.

Aktiviti bermula seawal 4 petang dengan cabaran tarian K-pop sebelum malam diteruskan dengan set DJ remix. Kemuncaknya sudah tentu bunga api yang menerangi kawasan Jalan Peel tepat tengah malam.

Di Sunway City Kuala Lumpur, persembahan bunga api boleh dinikmati dari beberapa kawasan ikonik seperti Sunway Lagoon dan sekitar Sunway Pyramid.

Sunway City Ipoh dan Sunway City Iskandar Puteri juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan bunga api untuk pengunjung yang nak sambutan lebih santai tetapi tetap meriah.

Perfect untuk geng yang nak semarakkan hujung tahun dengan suasana bandar yang lively!

Sunway Theme Parks dengan fireworks, hiburan khas dan masuk percuma untuk ahli

Bagi keluarga atau pasangan yang nak pengalaman all-in-one dari siang sampai malam, kedua-dua Sunway Theme Parks iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun memang lokasi ideal.

Sepanjang Disember, taman tema Sunway menawarkan hiburan tambahan seperti persembahan khas, program interaktif dan aktiviti hujung tahun.

Pada 31 Disember, ahli Sunway Theme Parks boleh menikmati masuk percuma untuk sambutan New Year’s Eve. Ia peluang terbaik untuk habiskan hari dengan rides, persembahan live dan menikmati bunga api malam tanpa perlu ke lokasi lain.

Shopping sampai lewat malam di pusat beli-belah Sunway

Kalau korang lebih selesa celebrate dalam mall, pusat beli-belah Sunway menyediakan suasana penuh perayaan dengan dekorasi, instalasi cantik dan aktiviti yang hidup sepanjang hujung tahun.

Pengunjung boleh cuci mata, beli hadiah last-minute atau cari outfit untuk sambutan.

Sunway Pyramid dibuka sehingga 1 pagi pada 31 Disember, memberi peluang untuk buat last-minute shopping atau sekadar lepak santai sebelum keluar tengok bunga api.

Sunway Velocity Mall pula menambah meriah dengan persembahan live dan acara hiburan sebelum countdown.

Staycation, makan malam eksklusif dan nikmati pengalaman premium

Untuk korang yang nak penutup tahun yang lebih tenang, romantik atau mewah, rangkaian Sunway Hotels menawarkan pelbagai pakej staycation yang sesuai untuk semua.

The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh menawarkan suasana eksklusif dengan pilihan makan malam 11 hidangan melalui Masquerade Gala Dinner & Countdown Party.

Ada juga Celebrate Love 3D2N Stay Package untuk retreat hujung tahun yang lebih intimate.

Di Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri, buffet Seafood & BBQ menjadi pilihan pada malam 31 Disember, lengkap dengan potongan harga untuk tempahan awal.

Sunway Putra Hotel di KL pula menawarkan buffet makan malam, Hi-Tea festive serta pakej penginapan lengkap dengan upgrade bilik.

Untuk sambutan yang lebih premium, Sunway Resort Hotel menyediakan pakej 2 hari 1 malam dengan akses pemandangan bunga api serta dining credit di restoran terpilih.

Ia sesuai untuk sesiapa yang nak raikan hujung tahun dalam suasana eksklusif tetapi selesa.

Mulakan 2026 dengan lebih sihat bersama Sunway Healthcare

Kalau azam korang melibatkan kesihatan atau perubahan gaya hidup, Sunway Healthcare menyediakan tawaran hujung tahun yang boleh membantu memulakan 2026 dengan lebih yakin.

Sunway Eye Centre menawarkan prosedur ZEISS SMILE pada harga istimewa, manakala Sunway Medical Centre menyediakan potongan harga untuk pemeriksaan wellness dan pakej kesihatan menyeluruh. Boleh klik di sini untuk lihat pakej pemeriksaan kesihatan.

Ini masa terbaik untuk buat semakan kesihatan, ambil langkah awal untuk penjagaan diri atau hadiahkan pemeriksaan kepada insan tersayang sebelum melangkah ke tahun baru.

Pengunjung boleh menikmati hidangan lengkap sambil ditemani live music dan paling menarik, sesetengah lokasi menawarkan pemandangan langsung ke pertunjukan bunga api pada waktu tengah malam.

Ini menjadikan Sunway antara destinasi paling lengkap untuk sambutan gaya mewah.

Sunway Super App, ganjaran extra & kemudahan tempahan

Pengalaman hujung tahun di Sunway menjadi lebih mudah dengan Sunway Super App.

Sepanjang Disember, pengguna baharu dan sedia ada boleh menikmati pelbagai ganjaran tambahan, offer istimewa dan kelebihan eksklusif apabila membeli, menempah atau merancang aktiviti mereka menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini menghubungkan hotel, mall, taman tema, healthcare dan banyak lagi, menjadikannya platform all-in-one untuk korang yang nak plan sambutan tahun baru tanpa pening kepala.

Hujung tahun di Sunway bukan sekadar sambutan pada malam 31 Disember, tetapi satu bulan penuh aktiviti, tawaran dan hiburan yang tersusun untuk semua lapisan masyarakat.

Sama ada anda inginkan percutian ringkas, sambutan yang meriah atau pengalaman yang lebih santai, Sunway menyediakan pilihan menyeluruh untuk menutup tahun 2025 dengan kenangan indah.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara sepanjang Disember, boleh layari laman rasmi yang disediakan oleh Sunway.