
Pelawak dan penyanyi, Saiful Apek berkongsi pandangan mengenai sikap manusia yang sering menilai individu lain berdasarkan perspektif dan emosi masing-masing.
Artikel Berkaitan: Individu Syukur Atas Teguran, Dedah Saiful Apek Ubah Cara Beri Salam – ‘Sejak Hari Itu, Saya Biasakan Sebut As-Salaam’
Baik buruk manusia

Menerusi hantaran di Threads, Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata setiap individu pasti mempunyai penilaian berbeza terhadap seseorang sama ada dari sudut baik mahupun buruk.
Kalau nak tahu keburukan diri, tanya dengan yang membenci kita. Kalau nak tahu kebaikan kita, tanya kepada yang menyayangi kita.
Hakikatnya pendapat manusia tentang kita berbeza-beza. Tetapi apa yang penting, siapa kita di mata Allah.
Dalam satu hantaran berasingan sebelum ini, anggota kumpulan Senario itu turut menyentuh mengenai realiti kehidupan apabila kebaikan seseorang jarang diperkatakan, namun kesilapan kecil lebih mudah menjadi bahan bualan.
Bila kita buat baik, ramai senyap. Bila kita buat jahat, ramai kutuk. Bila kita tak buat apa-apa, ramai yang reka cerita. Itu lah manusia tapi bukan semua.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pandangan disampaikan, malah ada yang menyifatkan kata-kata Apek sebagai peringatan buat masyarakat agar tidak terlalu mudah menghukum orang lain.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi yang mengakui situasi berkenaan sering berlaku terutama dalam era media sosial.
Sumber: Threads








