berita

Kalau Nampak Truck Ni, Cepat Serbu Sebab Skuad APEC 2020 Ada Kejutan Untuk Korang!

February 12th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Malaysia memang penuh dengan kejutan dan keseronokan. Setiap bulan boleh dikatakan ada je festival yang best-best. Yang kerap jadi tumpuan, bila ada banyak food truck menjual pelbagai pilihan makanan dan minuman yang sedap-sedap.

Tapi, berbeza dengan truck yang kami nak kongsikan kali ini, kemunculannya memang wajib korang serbu. Tertera logo APEC 2020, truck ini bukan saja menawarkan makanan percuma, malah ada banyak game dan hadiah menarik untuk korang bawa pulang!

1. Apa itu APEC?

Kalau korang nak tahu, tahun ini negara kita sekali lagi bakal menjadi tumpuan dunia apabila bergelar tuan rumah buat kali kedua bagi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020) yang bakal disertai lebih 21 bidang ekonomi dan 16,000 delegasi antarabangsa.

Kali terakhir Malaysia menjadi penganjur APEC adalah pada 1998 tau. Bagi yang belum tahu, APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989 bagi memanfaatkan kebergantungan yang semakin meningkat dalam kalangan negara Asia Pasifik.

Apa yang pasti, penganjuran APEC pada tahun ini adalah usaha negara kita dan ia bakal menjadi platform penganjuran terbaik dari segala sudut termasuk hospitaliti, semangat Malaysia Boleh dan kemakmuran bersama yang sememangnya menjadi nadi negara.

2. Skuad APEC 2020 turun padang

Sempena pembukaan persidangan pertama First Senior Officials’ Meeting (SOM1) Februari ini, Skuad APEC 2020 akan turun padang untuk berkongsi pengetahuan serta mendidik masyarakat tentang peranan APEC kepada negara.

Kami difahamkan skuad APEC 2020 akan singgah di beberapa lokasi terpilih pada 12, 15 dan 19 Februari 2020 seawal jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Apa yang pasti, mobile truck APEC 2020 confirm sarat dengan aktiviti dan hadiah best untuk korang!

12 Februari 2020 (Rabu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : Sunway University
02.00 petang – 04.00 petang : Universiti Putra Malaysia

15 Februari 2020 (Sabtu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : Tamarind Square
02.00 petang – 04.00 petang : Dataran Putra

19 Februari 2020 (Rabu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : UiTM Puncak Perdana
02.00 petang – 04.00 petang : Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Enjoy permainan interaktif

Truck Skuad APEC 2020 memang lain daripada yang lain sebab ada banyak giler aktiviti yang best seperti F1 Simulator, roda impian dan pop kuiz!

Tak cukup dengan itu, ada juga game lain yang korang boleh try seperti ‘Find Me!’, permainan interaktif atas talian Kahoot! dan Selfie contest. Silap-silap semua aktiviti ni boleh buat korang tak nak balik.

4. Hadiah dan ganjaran best untuk korang rebut!

Dah nama pun game dan contest, mestilah ada hadiah kan. Bagi korang yang turut serta aktiviti bersama Skuad APEC 2020 nanti, ada pelbagai hadiah menarik dan koleksi merchandise percuma untuk korang bawa pulang. Em.. kalau dapat lebih tu, jangan lupa admin pulak!

5. Makanan FREE pun ada tau

Ya guys, bukan biasa-biasa tau! Tak rugi la kalau korang serbu truck APEC ni sebab makanan percuma pun ada disediakan. Paling menarik, kami difahamkan food truck APEC ada menyediakan pelbagai jenis makanan yang mewakili 21 ekonomi.  Pendek kata memang sedaplah! Tapi, make sure korang datang awal sebab makanan terhad tau.

Jom serbu Skuad APEC 2020!

Mesti korang dah tak sabar nak jumpa Skuad APEC 2020 ni nanti kan? Haa… pastikan set date dan ajak ramai kawan-kawan join bagi memeriahkan suasana di situ. Ayuh kita serbu biar Skuad APEC terkejut tengok sambutan hangat rakyat Malaysia.

Apa pun jangan lupa follow perkembangan APEC di Facebook, Twitter dan Instagram atau layari laman sesawang www.myapec2020.my .

SKIP THIS AD ×