berita

Kalau Neelofa Dilabel Power Rangers, Fesyen Rabecca Nur Al Islam Pula Inspirasi Teletubbies. Apa Komen Anda?

April 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

rebecca

Kalau diperhatikan, Rabecca Nur Al Islam pernah ditegur oleh sebahagian pengikutnya di Instagram kerana gaya bertudungnya yang dikatakan agak pelik.

Rabecca mula jadi perhatian apabila dia sering memakai tudung dengan menampakkan sepasang anting-anting, namun pelakon yang pernah berselisih faham dengan Erma Fatima itu menegaskan dia masih menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimanapun petang semalam, OHBULAN! terpandang beberapa gambar Rabecca yang mengenakan pakaian sendat dan menyerlahkan susuk tubuhnya sewaktu menyambut ulangtahun kelahiran salah seorang rakannya.

rebecca nur al islam-7

Tidak pasti fesyen apa yang digayakan, namun pakaian tersebut dilihat sangat tidak bersesuaian dengan seorang wanita berhijab seperti Rabecca.

Jika sebelum ini Neelofa pernah dikecam kerana berpakaian seakan ahli Power Rangers, kali ini giliran fesyen Rabecca pula yang dikatakan menyerupai watak kartun Teletubbies.

Seperti biasa, pastinya terdapat segelintir peminat yang prihatin dan menegur pelakon tersebut, namun Rabecca telah bertindak memadam komen-komen berkenaan.

rebecca nur al islam-8

Mungkin Rabecca masih tercari-cari fesyen pakaian yang sesuai dipadankan dengan imej bertudung. Bagi yang terlupa, Rabecca mula berhijab pada bulan Februari lalu selepas pulang dari umrah dan bertindak menjual koleksi pakaiannya yang seksi pada orang ramai.

Apapun sekadar hiburan semata-mata, jom saksikan video Teletubbies yang comel dan foto-foto Rabecca bersama temannya di bawah ini.

SKIP THIS AD ×