10, September 2019

‘Kalau Orang Dah Tahu Yang Tu Bulu Mata Palsu Macam Mana?’ – Ini Jawapan Balas PU Azman Kepada Che Ta

Aktres popular Rozita Che Wan memang terkenal dengan imej pemakaian bulu mata palsu sejak dari dulu lagi. Jika diperhatikan, sudah menjadi kebiasaan untuk dia mengenakannya tidak kira bila dan di mana.

Terbaru, menerusi ruangan komen dalam salah satu posting Instagram PU Azman menegur wanita terhadap pemakaian bulu mata extension, pelakon wanita itu sempat bertanyakan kepada pendakwah tersebut tentang pemakaian bulu mata palsu.

Ada unsur penipuan

Pendakwah yang kini merupakan seorang pelakon itu dilihat sering berkongsi hukum-hakam tentang agama untuk manfaat pengikut-pengikutnya.

Dalam entri terbaru penceramah bebas itu, beliau ada berkongsi tentang hukum memanjangkan bulu mata dan memakai bulu mata palsu.

Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau.

Ada unsur penipuan. Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.

Kalau orang dah tahu tu bulu mata palsu?

Tertarik dengan posting itu, Che Ta kemudiannya dilihat bertanyakan kepada PU Azman tentang hukum memakai bulu mata palsu dengan lebih mendalam.

Tidak dibiarkan begitu sahaja, pendakwah bebas itu seterusnya membalas persoalan yang bermain di fikiran pelakon tersebut.

Netizen puji Che Ta

Rata-rata netizen yang membaca komen Che Ta itu kemudiannya bertindak memuji pelakon tersebut yang disifatkan lebih cantik tanpa memakai bulu mata palsu.

Sumber: Instagram PU Azman

Athirah