
Pelakon Datin Sri Umie Aida tampil memberikan sokongan moral terhadap usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwahh, yang kini sedang berdepan isu fitnah di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ada Allah? Aku Ada Adab & Doa Mak Yang Tengah Berjuang Kanser’ – Ojen Aiwah
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Mohon Maaf, Komen ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’ Disalahtafsir – ‘Saya Cakap Dekat Individu Itu’
Nasihat Umie Aida

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Umie berkongsi semula (repost) hantaran Ojen yang memaparkan usahawan itu berada di hadapan balai polis selepas tampil membuat laporan berhubung dakwaan fitnah oleh seorang pempengaruh.
Dalam hantaran tersebut, Umie memberi pandangannya tentang perbezaan teguran yang bersifat membina dengan perbuatan menghina.
Teguran yang baik pasti kita boleh terima, tapi kalau penghinaan, siapa pun akan marah.
Pelakon filem Dukun ini turut menitipkan pesanan agar Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli kekal tenang dan mengutamakan kesihatan ibunya yang kini sedang berjuang dengan penyakit kanser.
Please stay cool adikku. Fokus jaga kesihatan mak. Jaga diri.
Terdahulu, Ojen memaklumkan sudah mengambil tindakan saman terhadap jurulatih kecergasan iaitu Tareq Fit kerana didakwa telah menfitnah produk makanannya sehingga boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
Sumber: Instagram Umie Aida








